Sunday, 12 June 2016

Perbezaan Format UPSR lama (2015) dan baharu (2016)

Kertas 2
Penulisan

Bahagian A
10%
10%
Tetap sama  dan terdapat penambahbaikan

Membina ayat berdasarkan situasi lebih menekankan kepada kata Nama/ kata kerja di hadapan
Membina ayat tetapi terdapat penambahbaikan konsep seperti cara-cara, langkah-langkah 

Bahagian B
30%
15%
Terdapat perubahan 

Tidak merujuk kepada nilai atau pengagajaran tetapi berbentuk karangan berformat dan tidak berformat.
Contoh:Penulisan sebuah karangan daripada tiga pilihan soalan yang diberikan.

Penulisan karangan merujuk kepada rumusan, kesimpulan,pro/kontra, ulasan, pengajaran, nilai dan lain-lain.

Bahagian C
20%
25%
Terdapat perubahan

Mencari nilai murni dan amalan baik
Penulisan karangan lebih mencungkil tahap HOTS. Kebanyakan soalan HOTS bukan fakta  sahaja. Murid perlu faham soalan sebelum menjawab soalan karangan berkenaan.

Kertas 1
Pemahaman

Format lama (2015)
Markah 40% (30% soalan Tatabahasa, 10% soalan pemahanan berdasarkan petikan)

Format baharu (2016)
Markah (50%)
Bahagian A (20%)
20 soalan

Bahagian B (30%)
5 soalan 

* soalan akan berubah pada setiap tahun

Soalan 21

* soalan akan berubah pada setiap tahun

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi. 

Tips : pastikan murid menjawab dengan betul tanpa kessalahan ejaan atau huruf pada tempat kosong yang disediakan.
Sekiranya terdapat kesalahan pada jawapan tersebut, markah tidak diberikan

Contoh :  untuk             (markah diberikan)
         Untuk atau untk    (tiada markah)

Soalan 22 

* soalan akan berubah pada setiap tahun

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi

bTulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah

cSoalan berikut berdasarkan gambar di bawah. 

Soalan 23
* soalan akan berubah pada setiap tahun

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. 

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh. 

Tips: Terdapat empat petak yang disediakan 
Murid mesti dapat memadankan sekurang-kurang dua jawapan yang betul, sekiranya terdapat satu jawapan yang betul, maka tiada markah diberikan.
Soalan 24 
Baca petikan e-mel di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. 

a. Perkataan masyarakat dalam petikan boleh juga digantikan dengan 
perkataan . 

Tips : ejaan mesti betul. Markah tidak diberi sekiranya  terdapat salah ejaan. 
Contoh :  Rakyat (salah)
         rakyat (betul)

c. Tandakan () bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan yang salah berdasarkan pantun tersebut. 

Tips : Pastikan murid menjawab kedua-dua soalan tersebut dengan betul. Markah tidak diberikan sekiranyan hanya satu soalan yang betul.

Pendidikan Iklusif

1.0 PENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF
Pendidikan merupakan hak asasi semua manusia dan jika di lihat dari segi falsafahnya, semua insan di dunia ini mempunyai untuk menuntut ilmu dam mempelajari sesuatu. Apabila d sentuh tentang isu pendidikan terhadap pelajar keperluan khas, mereka juga mempunyai minat dan cita-cita yang sama dengan individu normal. Pendidikan inklusif ialah pendidikan bagi kanak-kanak yang keperluan khas, Inklusif diambil daripada perkataan inggeris iaitu inclusive yang membawa erti ‘merangkumi’.
Pendidikan pada pandangan tokoh-tokoh falsafah membawa maksud yang hampir sama dimana mereka menyentuh tentang pelajar keperluan khas yang perlu di berikan tunjuk ajar yang sama dengan pelajar lain di dalam kelas yang sama,antara tokoh falsafah yang mengutarakan pendapat/pandangan mereka tentang pendidikan inklusif adalah seperti Kamariah Jarji 1994, Pendidikan Inklusif adalah pendidikan yang melibatkan pelajar berkeperluan khas di dalam kelas biasa bersama pelajar normal yang lain. Namun begitu bantuan yang sesuai akan diberikan bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka. Menurut Abraham, Morris and Wald 1993 pula berpendapat “ one in which children with and without disabilities learn and play together”.
Manakala bagi Sapon-Shevin dalan O’Neil 1994, Pendidikan Inklusif adalah sistem layanan pendidikan yang mensyaratkan anak berkeperluan khas belajar di sekolah-sekolah terdekat di kelas biasa bersama teman-teman seusianya, dan yang terakhir pula adalah Naim,1997 dalam buku Psikologi Pendidikan maksud inklusif secara umumnya adlah mengintegrasikan murid-murid keperluan khas ke dalam bilik darjah biasa supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal seperti murid-murid lain tanpa mengira status.
Pendidikan insklusif adalah merujuk kepada percampuran (mainstreaming) kanak-kanak pendidikan khas di sekolah-sekolah normal. Hakikatnya ini memberi peluang kepada kanak-kanak istimewa untuk belajar di sekolah-sekolah normal dan menyertai aktiviti-aktiviti yang ada. Dengan ini, peluang untuk mereka menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan biasa dapat dialami dan seterusnya mewujudkan golongan yang berupaya, mampu berdikari dan berkeyakinan.
Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara,Program Pendidikan Inklusif untuk kanak-kanak berpendidikan khas ini telah bermula pada tahun 1987 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Program tesebut menitikberatkan hak pelajar untuk belajar bersama-sama dengan pelajar normal yang lain dan mengikuti sukatan pelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Hal ini juga segaris dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menekankan pembelajaran seimbang kepada pelajar dari segi jasmani, emosi, rohan, intelek dan sosial ( JERIS).
Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut: "Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerjaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan."

2.0 CIRI-CIRI/KATEGORI INDIVIDU KEPERLUAN KHAS
Akta Pendidikan 1996 seksyen 312 (Farrel. 2003) menyatakan kanak-kanak itu dikatakan memerlukan keperluan khas jika mereka mempunyai masalah dalam aspek pembelajaran yang memerlukan peruntukan pendidikan khusus terhadap mereka. Mereka dikatakan menghadapi masalah dalam aspek pembelajaran jika mereka mempunyai masalah pembelajaran yang yang besar berbanding kanak-kanak sebaya dengannya dan adalah di bawah umur wajib bersekolah dan berada di kategori , mempunyai kecacatan yang menghalangnya menggunakan kemudahan pendidikan yang digunakan oleh kanak-kanak yang sebaya dengannya.
Dalam konteks Malaysia, kanak-kanak berkeperluan khas memberi definisi yang menekankan kepada kebolehan, kefungsian , kemahiran, perkembangan, penguasaan, dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran pengembangan  ( developmental skills ). Pendekatan baru menolak pendekatan tradisi yang menekankan  kecacatan dan ketidakbolehan  ( medical deficit model ). Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan kepada peringkat-peringkat kebolehan seseorang murid dengan  keperluan-keperluan khas adalah seperti kebolehan kognitif, perkembangan tingkah laku sosial, penguasaan bahasa dan lisan, penguasaan membaca, kemahiran matematik, kemahiran pertumbuhan asas manusia, kemahiran berdikari, kemahiran keusahawanan, kebolehan penglihatan dan kebolehan pendengaran.Terdapat beberapa kategori kanak-kanak berkeperluan khas yang dapat dikenal pasti iaitu :
Masalah penglihatan
 Masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanak -kanak yang memerlukan pendidikan kerana masalah penglihatan. Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka.

Masalah pendengaran
Murid yang menghadapi masalah pendengaran ialah murid yang pendengarannya tidak jelas dan memerlukan alat bantuan mendengar. Murid yang mengalami masalah ini perkembangan pertuturan dan bahasanya akan terganggu dan lambat. Kanak-kanak tidak langsung dapat mendengar pula akan juga tidak dapat bercakap (bisu).
• Mereka yang menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan pendengaran yang jelas ( Bee H. 1995).
• Menurut International Encylopedia Volume 5 (1975) , cacat pendengaran bermakna kehilangan atau kekurangan daya pendengaran pada satu telinga atau kedua-keduanya kekurangan atau kehilangan daya pendengaran.
Masalah pertuturan
Masalah pertuturan boleh dikategorikan kepada empat iaitu masalah sebutan, masalah gagap, masalah suara dan masalah bahasa. Masalah sebutan ialah kecenderungan meninggalkan suku kata atau mengubah bunyi sesuatu perkataan, misalnya perkataan “saya” menjadi “caya”.
Masalah pembelajaran
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran ialah kanak-kanak yang tekah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar-pakar klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menggangguproses pembelajaran. Kanak-kanak ini mengalami masalah seperti berikut lambat untuk menguasai kemahiran berkomunikasi,  lambat berkembang persepsi pendengaran dan penglihatan dan menghadapi kesukaran untuk membaca, mengeja, menulis dan mengira. Kanak-kanak ini memerlukan perhatian dan keprihatinan yang lebih daripada masyarakat terhadap masalah yan mereka hadapi supaya dapat menjalani kehidupan seharian bersama orang lain.
Masalah tingkah laku
Masalah tingkah laku dan kurang kemahiran penyesuaian diri adalah keadaan yang biasa terjadi di kalangan kanak -kanak dan remaja bermasalah, terutamanya mereka yang mengalami masalah pembelajaran yang teruk. Antara masalah tingkah laku di kalangan kanak -kanak dan remaja adalah seperti tingkahlaku ganas,  menentang, tidak mahu menurut kata, sikap terlalu bergantung,  sikap suka mengelak dan tingkahlaku pasif
Disleksia
Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya, masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan
Attention Defict/hyperactivity disorder ADD/ADHD
Kanak-kanak Attention Defict / Hyperactivity disorder ADD/ADHD tidak dapat mengekalkan perhatian dan mudah mengalih perhatiannya, sukar menyiapkan satu tugasan, pelupa dan sentiasa memerlukan penyeliaan. Kanak-kanak ini juga bersikap impulsif dan sering menggangu perbualan, aktiviti atau menyatakan sesuatu tanpa berfikir. Sifat hiperaktif dan pergerakan fizikal yang keterlaluan juga merupakan ciri-ciri kanak-kanak ADHD.

3.0 CARA MENGENALPASTI INDIVIDU KEPERLUAN KHAS
3.1 Prosedur Pelaksanaan Proses Penilaian
Langkah 1 – Penapisan (Screening)
i) Prosedur menguji/memeriksa sekumpulan pelajar sebagai usaha mengenal pasti mereka yang mempunyai risiko yang tinggi; mereka yang dikenal pasti dirujuk untuk pemeriksaan dan pengukuran yang lebih bersungguh dan intensif.
ii) Guru, orang yang pertama melakukan penapisan dengan menggunakan pemerhatian di bilik darjah dan standardized group assessment tool (contoh: senarai semak, borang berkadar/’rating’, alat pengukuran yang piawai, pemerhatian dlm bilik darjah) untuk mengesan pelajar berisiko tinggi
Langkah 2 – Pencalonan (Referral)
i) Individu atau pasukan (di sekolah) menerima pencalonan untuk melaksanakan Penilaian Pendidikan Khas. Tugas pertama ialah menulis kepada ibu bapa supaya mereka memberi kebenaran dan menerima penerangan tentang proses tersebut.
ii) Selepas itu, pasukan ini akan membentuk Pelan Penilaian Individu untuk mengenal pasti aspek-aspek yang memerlukan perhatian khas dalam prosedur ujian.
Langkah 3 – Penilaian
i) Ujian saringan  bertujuan untuk  mengklasifikasi, penempatan, dan penentuan program khas.
ii) Memberi penilaian yang bersesuaian kepada pelajar dengan menggunakan penilaian formal dan informal untuk mengidentifikasi corak pembelajaran pelajar
(perhatian: tidak menggunakan satu alat ukur secara Khusus untuk menentukan tahap kefungsian aspek-aspek tertentu.).
Langkah 4 – Kelayakan
i) Selepas proses penilaian (analisis dan penafsiran skor ujian) disempurnakan, pasukan ini harus mengadakan perjumpaan untuk menentukan kelayakan pelajar untuk menerima Pendidikan Khas.
Langkah 5 – melaksanakan ujian diagnostik dan Membentuk Program Pendidikan Individu /RPI (IEP)
Pengesanan boleh dilakukan secara tidak formal oleh individu yang rapat dengan kanak-kanak seperti guru, ibu bapa, penjaga mahupun pembantu rumah melalui pemerhatian dan analisis hasil kerja.
Pengesanan secara formal pula boleh dijalankan menerusi penilaian perkembangan dan penilaian pencapaian,ianya boleh dilakukan di dalam bilik darjah dan di rumah. Dalam erti kata yang lain, pengesanan boleh digunakan untuk mengenal pasti individu yang memerlukan penilaian yang lebih mendalam. Oleh yang demikian, pengesanan atau diagnosis awal sangat penting dalam menjamin kemajuan dan perkembangan kanak-kanak yang dikenalpasti berkeperluan khas.

4.0 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN INKLUSIF
Proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Inklusif perlu dirancang dengan teliti dan bersandarkan kepada ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas. Antara kaedah yang berkesan adalah kaedah Intervensi. Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pengesanan pada peringkat awal lagi bagi membolehkan mereka mengikuti suatu sistem persekolahan yang terancang bagi mengembangkan potensi diri mereka. Menurut Zarin, Safani & Soon (2004), setiap kanak-kanak perlu diberi intervensi awal iaitu satu program yang tersusun, berstruktur, dan berperingkat. Intervensi awal mendidik kanak-kanak bekeperluan khas dari masa lahir hingga prasekolah. Selain itu juga melibatkan kolaborasi pelbagai disiplin
Intervensi awal ini juga memberi kesan positif pada perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas antaranya ia dapat memberi pendekatan penambahan komunikasi. Sesetengah individu memerlukan intervensi melalui kaedah komunikasi selain daripada bahasa lisan. Selain itu, dalam sesetengah kes, individu tersebut tidak boleh bertutur disebabkan oleh masalah fizikal atau keupayaan kognitif. Oleh itu, kaedah komunikasi yang tidak melibatkan pertuturan hendakla Memandangkan murid mempunyai keupayaan yang berbeza, guru harus menyediakan aktiviti yang sesuai. Usaha ini dapat memastkan murid terlibat aktif, juga membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan, bermakna dan menggembirakan.
Proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang serta dikendalikan dengan teliti dan sistematik bagi menjamin setiap murid mendapat peluang yang sama, sama ada dilaksanakan secara kelas. Kumpulan mahupun secara individu, antara pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan adalah:
4.1 Pendekatan Analisis Tugasan
Pendekatan Analisis Tugasan melibatkan proses pembahagian kemahiran kepada beberapa komponen atau langkah mudah yang dapat dikuasai dan dipelajari oleh seseorang murid. Kaedah analisis tugasan membantu guru menyusun atur kemahiran yang hendak diajar, memberi latihan yang konsisten dan nilai tahap pencapaian murid. Penyediaan analisis tugasan dapat dilaksanakan dengan langkah-langkah berikut:
Memastikan kemahiran yang sesuai diajar pada murid mengikut tahap keupayaan.
Huraikan secara ringkas kemahiran yang terpilih.
Kemahiran yang dipilih dipecahkan kepada langkah-langkah kecil.
Buat penyesuaian langkah-langkah pembelajaran mengikut kelemahan dan kebolehan murid.
Guru menjalankan analisis tugasan.
Guru membuat pemerhatian dan penilaian apabila murid telah menguasai kemahiaran yang diajar.
Membuat penambahan dan perubahan di mana perlu sehingga murid dapat menguasai kemahiran yang hendak diajar.
4.2 Pendekatan Belajar Melalui Bermain
Pendekatan Belajar Melalui Bermain ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas kerana bermain merupakan keperluan murid. Melalui aktiviti ini mereka melakukan penerokaan, penemuan dan pembinaan berdasarkan pengalaman dengan rasa gembira dan seronok. Selain menyeronokkan, pendekatan ini boleh meningkatkan keupayaan kognitif dan memenuhi rasa ingin tahu, penguasaan psikomotor, kemahiran berfikir serta mengendalikan emosi.
Ciri-ciri pendekatan bermain sambil belajar yang ditekankan ialah:
Aktiviti yang menyeronokkan.
Penerokaan dan interaksi dengan persekitaran.
Permainan bebas dan terancang.
Keanjalan masa.
Percubaan idea sendiri.
Peluang untuk memberikan tumpuan dan perhatian.

4.3 Pendekatan Pembelajaran Pengalaman
Pendekatan Pembelajaran Pengalamian adalah berdasarkan kesediaan dan keupayaan individu. Pendekatan ini meningkatkan arah kendiri individu di mana murid diberi peluang menilai keupayaan diri sendiri. Guru yang melaksanakan kaedah ini seharusnya menjalankan peranan berikut:
Menentukan suasana yang positif untuk proses pembelajaran.
Menjelaskan peranan murid dalam tugasan.
Memastikan sumber untuk proses pembelajaran ada dan mudah diperoleh.
Menyusun sumber untuk proses pembelajaran.
Seimbangkan komponen intelek dan emosi dalam pembelajaran.
Berkongsi perasaan dan pemikiran dengan murid tanpa menguasai dan mengongkong mereka.

5.0 SOKONGAN INFRASTRUKTUR UNTUK MURID KEPERLUAN KHAS
Kemudahan fizikal seperti bilik darjah, makmal, bilik khas dan kemudahan lain serta persekitaran sekolah yang kondusif adalah keperluan paling asas bagi menyediakan peluang pembelajaran optimum kepada semua pelajar termasuk untuk pelajar Pendidikan Khas (PK). Sistem pendidikan di negara kita kini telah diubah suai selaras dengan hasrat negara yang terkandung dalam Wawasan 2020. Ianya menjadi sasaran utama negara untuk menjadi sebuah negara maju yang mementingkan pembangunan insan selaras dengan pendidikan bersepadu yang digunakan.
Pendidikan adalah satu wacana yang penting bagi merealisasikan matlamat negara maju. Seperti yang kita ketahui, sebahagian besar masa pelajar-pelajar adalah di dalam bilik darjah. Ia merupakan satu tempat bagi pelajar-pelajar berkumpul untuk belajar tanpa mengira latar belakang. Manakala pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai kebolehan guru mengawal pelajar bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Pengurusan bilik darjah yang baik dapat mengurangkan masalah disiplin dan meningkatkan prestasi pelajar. Seiring dengan itu, pembangunan dan iklim bilik darjah yang kondusif perlu diubah suai mengikut keperluan pelajar biasa dan pelajar yang berkeperluan khas khususnya. Pelajar berkeperluan khas ditempatkan di bawah pendidikan khas iaitu, perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu istimewa atau kurang upaya yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, masalah pendengaran, masalah penglihatan, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas.
Bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, susun atur sesebuah bilik darjah yang diperlukan di peringkat sekolah rendah agak berbeza berbanding dengan di peringkat yang lebih tinggi. Suasana fizikal dalam bilik darjah khususnya susunan tempat duduk memainkan peranan penting. Saiz bilik bagi pengajaran Pendidikan Islam haruslah sesuai agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan selesa. Susunan yang berkesan membolehkan guru mudah untuk bergerak menghampiri pelajar. Susunan perabot seperti komputer, almari, meja besar untuk kerja kumpulan yang selesa dan kemas akan menimbulkan suasana ceria bagi pelajar menjalani proses pembelajaran. Secara amnya, ukuran umum bagi ruang bilik darjah yang biasa terdapat di sekolah-sekolah ialah 72 meter persegi (9 m × 8 m), tetapi ada di antara bilik darjah di sekolah-sekolah sama ada di bandar mahupun luar bandar tidak mengikut ukuran yang ditetapkan. Keselesaan pelajar bukan lagi menjadi keutamaan dan ini amat membimbangkan kerana pencapaian pelajar bergantung kepada usaha daripada mereka sendiri, guru serta pihak sekolah. Menurut Purkey dan Smith (1983), persekitaran sesebuah sekolah memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar.
Menurut Elliot dan Thurlow (2006), perhatian yang diberi mengenai kesamarataan bagi penilaian yang berbeza untuk pelajar kurang upaya telah meningkat dan perkara ini tidak lagi menghairankan. Pelbagai cadangan dibuat bagi membantu golongan ini seperti menjalankan ujian yang bersesuaian dengan ketidakupayaan mereka. Orang Kurang Upaya (OKU) tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum atas asas ketidakupayaan. Oleh yang demikian, bagi membolehkan mereka yang kurang upaya melanjutkan pelajaran, penyesuaian yang munasabah yang sesuai dengan keperluan OKU dari segi prasarana, kelengkapan dan bahan pengajaran, kaedah pengajaran, kurikulum dan bentuk sokongan lain yang memenuhi pelbagai keperluan mereka perlu disediakan. Menurut Zainudin (2004), golongan ini juga berhak mendapat kesamarataan dan layanan secara adil tanpa sebarang unsur diskriminasi terhadap ketidakupayaan mereka.

6.0 KESIMPULAN
Keputusan yang telah diambil dalam pendidikan khas bagi beberapa tahun kebelakangan ini di Malaysia bersesuaian dengan kehendak masyarakat dunia dan ia perlulah disokong sepenuhnya. Justeru itu, sekolah mestilah menyediakan kemudahan dan peluang bagi semua jenis kanak-kanak belajar bersama, tanpa mengira kekurangan dari segi fizikal, intelek, emosi, dan lain-lain. Sekolah sebagai sebuah institusi kecil harus berusaha mengadakan muafakat dan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menjayakan pendidikan untuk semua di mana murid-murid berkeperluan khas dapat belajar dan berinteraksi dengan rakan normal di samping memberi peluang murid-murid normal mengenali murid-murid khas ini. Perubahan sikap dan pandangan positif masyarakat kepada golongan ini amat diperlukan untuk menjamin golongan ini diterima dalam masyarakat seadanya.
Pembaharuan perlu dibuat bagi memastikan kejayaan pendidikan inklusif dan di akui untuk mengubah sikap itu untuk menerima pendidikan inklusif bukannya mudah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berpendidikan khas. Untuk kelas inklusif yang berjaya, guru biasa dan guru Pendidikan Khas perlu memberi penekanan terhadap komunikasi semua guru yang terlibat dalam program ini mesti bersikap jujur dan terbuka dalam menangani segala masalah dan peranan yang timbul. Guru-guru yang terlibat dalam kelas inklusif hendaklah bersedia untuk menghadapi sebarang rintangan dan halangan yang mendatang. Mereka juga perlu belajar untuk berkompromi dan juga membuat sesuatu yang berlainan sama sekali daripada yang dirancangkan.

7.0 RUJUKAN
Chua Tee Tee, Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan Bacaan Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Supiah Saad. 2010. Komitmen dan Peranan Guru dalam Pelaksanaan Pendekatan Pendidikan Inklusif di Malaysia. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sabilah Binti Wahab. 2006. Persepsi Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Tiga Buah Sekolah di Daerah Johor Baru. Sekudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Apa Itu Pendidikan Khas. (n.d). Diambil pada 21 November 2013 daripada http://khasmawatilahuri.files.wordpress.com/2012/11/ppki.pdf

Masalah Pendidikan Khas. (n.d). Diambil pada 21 November 2013 daripada    http://welovependidikankhas.blogspot.com/p/apakah-itu-pendidikan-khas-masalah.html

Pendidikan Inklusif

Teknologi Pendidikan

ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

1.0   PENGENALAN

2.0   TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL

3.0   DOMAIN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL

          3.1   Domain Rekabentuk
          3.2   Domain Pengembangan
          3.3   Domain Penggunaan
          3.4   Domain Pengurusan
          3.5   Domain Penilaian

4.0   KEPENTINGAN DOMAIN TEKNOLOGI  INSTRUKSIONAL

5.0   PERANAN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL DALAM AKTIVITI
        PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN

          5.1   Teknologi Instruksional Dalam Pendidikan Formal
          5.2   Teknologi Instruksional Dalam Pendidikan Tidak Formal

6.0   PENUTUP

BIBLIOGRAFI

1

2

3

3
4
5
5
5

6

6

7
8

10

1.0 PENGENALAN

Apabila memperkatakan mengenai teknologi, ramai yang akan memberikan makna yang berbeza-beza. Biasanya orang akan mengatakan bahawa teknologi ialah mesin komputer atau peralatan yang dihasilkan oleh ilmu sains moden. Penciptaan mesin-mesin dan alatan seumpama ini adalah amat diperlukan oleh manusia sejagat untuk memastikan kehidupan yang selesa dan mudah melakukan banyak aktiviti termasuk mampu mengatasi had keupayaan manusia dalam sesuatu kerja. ( Evans dan Nation, 2000, hlm.2) mengatakan bahawa teknologi bukanlah suatu alatan – ianya adalah suatu seni atau sains tentang penggunaan alatan untuk sesuatu tujuan. (technology is not a tool – it is art or science to use a tool for a purpose.). Secara ringkasnya, teknologi bukan semata-mata alat dan mesin. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Ini bermakna, dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea sama ada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula merupakan “pemangkin” ke arah mencapai kejayaan.
Apakah pula pengertian pengajaran? Menurut kajian Wan Zah Wan Ali (2000), pengajaran didapati mempunyai banyak erti dan boleh dibahagikan kepada empat kategori iaitu menyampaikan maklumat, memindahkan maklumat, mendorong pembelajaran dan membina manusia yang lebih baik. Ramsden (1993) dan Trigwel, Prosser & Lyons (1997) memahami pengajaran sebagai proses bekerja bersama pelajar untuk membantu mereka berkebolehan dan berkemungkinan untuk belajar. ia melibatkan usaha mencari dan mengenal pasti salah tafsiran pelajar terhadap sesuatu yang diajarkan, mengambil tindakan untuk memastikan perubahan kefahaman dan mencipta konteks pembelajaran yang menggalakkan pelajar terlibat secara aktif dalam pelajaran yang diikuti. Kesimpulannya, pandangan-pandangan yang dikemukan mengenai konsep pengajaran adalah untuk menghasilkan pembelajaran yang berkualiti.
Konsep teknologi pengajaran pula ialah, proses yang kompleks dalam menganalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik dan rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga, sumber bahan, kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia, 1998). Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (1991) pula mendifinisikan teknologi pengajaran sebagai aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik-teknik ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Definisi teknologi pengajaran juga memasukkan elemen kemanusiaan agar seiring dengan fitrah manusia dan seterusnya kesejahteraan yang terhasil menjadi lebih bermakna dan berkekalan.

2.0 TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL

Jika kita melihat teknologi instruksional seperti yang dikemukakan oleh Seels & Richey (1994), teknologi instruksional adalah teori dan amalan tentang reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses dan resos pembelajaran. Istilah teknologi instruksional dalam definisi ini bermakna satu-satu disiplin yang menekankan teknik atau cara untuk membolehkan pembelajaran lebih berkesan berdasarkan teori tetapi teori dalam makna yang luas.
Terdapat juga beberapa definisi lain mengenai teknologi instruksional yang telah dikemukakan oleh beberapa orang pengkaji. Menurut Finn (1990), “instructional technology should be viewed as a way of looking at instructional problems and examining feasible solutions to those problems”. Lumsdine (1964) pula mengatakan “ instructional technology could be thought of as the application of science to instructional practices”. Bagi Davi (1963) pula, “instructional technology is the design and the use of message which control the learning process. It implies systematic design of planning, production, selection, utilization and management”. Menurut AECT ( 1977 ) " Teknologi pengajaran adalah satu bahagian dari teknologi pendidikan dengan andaian sebagai akibat daripada konsep insruksional sebagai bahagian pendidikan bersifat sukar dan bersepadu ". Menurut AECT ( 1994 ) " Teknologi pengajaran adalah teori dan amalan dalam merancang , mengembangkan , memanfaatkan , mengurus dan menilai proses - proses dan sumber - sumber belajar .
Secara ringkasnya, teknologi instruksional ialah " satu bahagian daripada teknologi pendidikan dengan andaian sebagai akibat daripada konsep pengajaran sebagai bahagian pendidikan bersifat sukar dan bersepadu , melibatkan manusia , prosedur , idea , peralatan , dan organisasi untuk menganalisis dan mengolah masalah , kemudian melaksanakan , menilai dan menguruskan penyelesaian masalah pada situasi di mana proses pembelajaran terarah dan dipantau " . Rumusan tersebut bergantung kepada teknologi pendidikan sebagai suatu proses kegiatan yang berterusan , dan memperincikan aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh para pengamalnya.
3.0 DOMAIN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL

Menurut Seels & Richey (1994) terdapat lima domain dalam technologi instruksional seperti yang berikut:
1. Rekabentuk
2. Pengembangan
3. Penggunaan
4. Pengurusan
5. Penilaian

3.1 Domain Rekabentuk
Rekabentuk merupakan satu proses dalam menentukan ciri-ciri serta keperluan pembelajaran. Di samping menentukan kompenen sistem pengajaran, rekabentuk juga mengambil kira perubahan sistem dan pengaruh alam sekeliling (Tessmer, 1990). Dalam domain rekabentuk ini pula dipecahkan kepada empat bidang utama iaitu rekabentuk sistem pengajaran, rekabentuk strategi, rekabentuk mesej dan ciri-ciri pelajar.

3.1.1 Rekabentuk Sistem Pengajaran
Rekabentuk sistem pengajaran merupakan satu tatacara yang sistematik dan terancang untuk pelbagai tujuan. Antaranya ialah menganalisis di mana guru menentukan apa yang akan diajar kepada murid-murid. Seterusnya merekabentuk iaitu guru menentukan spesifikasi pengajaran. Fasa menilai pula, guru menjalankan penilaian menyeluruh terhadap semua aspek pengajaran sebelum menjalankan proses membina dan menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran. Semasa peringkat melaksana, guru perlu menggunakan pelbagai bahan dan kaedah dalam menyampaikan pengajarannya. Akhir sekali guru akan menilai keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankannya bagi menentukan keberkesanan dan keupayaan pengajarannya.

3.1.2 Rekabentuk Strategi
Rekabentuk strategi ialah spesifikasi dalam memilih serta menyusun peristiwa dan aktiviti pembelajaran dalam suatu unit pelajaran (Seels & Richey, 1994) manakala bagi Leshin, Pollock dan Reigeluth (1991) pula mengatakan bahawa rekabentuk strategi sebagai penentuan urutan, kandungan, domain pembelajaran, kaedah dan media yang peling sesuai untuk mengukuhkan proses pembelajaran. Dick dan Cary (1991) mengatakan rekabentuk strategi bukan sekadar memilih dan menyusun aktiviti pengajaran malahan mencakupi kompenen umum suatu set bahan pengajaran serta prosedur yang akan digunakan untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Yusup (1997) berpendapat bahawa rekabentuk strategi merupakan perancangan dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran secara mikro.

3.1.3 Rekabentuk Mesej
Rekabentuk mesej membawa maksud cara dan format mengenai apa yang paling berkesan untuk menyampaikan mesej kepada murid-murid (Grabowski, 1991). Bagi Fleming dan Levie (1993) pula mengandaikan rekabentuk mesej sebagai pola-pola simbol yang akan mempengaruhi perilaku kognitif, efektif dan psikomotor murid-murid selepas pengajaran dan pembelajaran.
Rekabentuk mesej memberikan tumpuan kepada perkara yang sangat kecil seperti visual, urutan pelajaran, halaman dan rekabentuk skrin komputer yang terdapat pada suatu unit pelajaran. Ia juga merupakan satu medium yang bersifat static, dinamik atau kombinasi. Dalam erti kata tugasan pembelajaran, rekabentuk mesej berperanan dalam pembentukan konsep, sikap, pembinaan kemahiran atau pun penghafalan sesuatu konsep pelajaran oleh murid-murid.

3.1.4 Ciri-Ciri Pelajar
Dalam bidang ini, guru akan menyelidiki setiap aspek pelajar seperti latar belakang, kemahiran, pengetahuan dan sikap sedia ada yang mana akan memberikan impak terhadap proses pembelajaran. Guru menyedari bahawa pengetahuan dan sikap sedia ada para pelajar akan mempengaruhi pencapaian mereka pada akhir sesi pembelajaran. Ciri-ciri pelajar menggunakan kajian motivasi untuk tujuan mengenalpasti pembolehubah yang akan digunakan dan seterusnya menunjukkan cara pembolehubah tersebut digunakan bagi meningkatkan proses pembelajaran.

3.2 Domain Pengembangan
Domain pengembangan juga dikenali sebagai domain pembinaan iaitu satu proses untuk menterjemahkan spesifikasi rekabentuk kepada bentuk fizikal produk yang melibatkan proses rekabentuk, bina, guna dan nilai. Domain pengembangan mempunyai empat kategori bahan iaitu teknologi cetak, teknologi pandang dengar, teknologi berasaskan komputer dan teknologi bersepadu.
Teknologi cetak terdiri daripada teks atau tulisan dan juga bahan dalam bentuk visual. Teknologi bahan pandang dengar pula terdiri daripada pita audio, slaid, filem jalur, transparensi, pita video atau filem iaitu visual bergerak, CDI, VCD, dan CD-ROOM. Bahan teknologi berasaskan komputer terdiri daripada bahan yang berasaskan mikroprosesor dan bahan berbentuk digital manakala teknologi bersepadu melibatkan bahan multimedia dan hiperteks atau hipermedia.

3.3 Domain Penggunaan
Merupakan domain yang menggunakan proses iaitu kaedah dan model pengajaran, sumber iaitu bahan dan perkakasan media serta alam sekeliling untuk tujuan pembelajaran. Empat kategori domain penggunaan iaitu pertama, penggunaan media dan kaedah iaitu cara sistematik dalam penggunaan bahan, kedua, penyerapan atau penerimaan inovasi iaitu proses penerimaan terhadap sesuatu perubahan, ketiga, pelaksanaan iaitu proses menggunakan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran dan akhir sekali ialah instituianalisasi iaitu penerimaan dan pengekalan.

3.4 Domain Pengurusan
Domain pengurusan merupakan domain kawalan bagi teknologi instruksional melalui perancangan, penyusunan, penyelarasan dan penyeliaan. Empat kategori domain pengurusan yang terdiri daripada pengurusan projek, pengurusan sumber, pengurusan sistem penyampaian dan pengurusan maklumat. Pengurusan projek melibatkan perancangan, pemantauan dan pengawalan terhadap projek rekabentu dan pembinaan bahan pengajaran. pengurusan sumber melibatkan perancangan, pemantauan, dan pengawalan ke atas perkhidmatan bantuan sumber serta perkhidmatan lain-lain media. Pengurusan sistem penyampaian pula melibatkan perancangan, pemantauan dan pengawalan ke atas kaedah serta media. Manakala pengurusan maklumat melibatkan perancangan, pemantauan dan kawalan ke atas pengumpulan, pemindahan dan pemprosesan bahan-bahan teknologi instruksional.

3.5 Domain Penilaian
Domain ini adalah proses untuk menentukan kesesuaian dan keberkesanan program pendidikan di mana ia di bahagikan kepada empat kategori yang utama iaitu penilaian analisis masalah seperti ujian dan peperiksaan, penilaian rujukan kriteria iaitu penguasaan unit pelajaran, penilaian formatif yang bertujuan untuk mengesan dan menambahbaik pengajaran dan pembelajaran dan akhir sekali ialah penilain formati bagi membuat keputusan untuk menilai keseluruhan pencapaian murid pada setiap semester atau pada tahun semasa. Domain penilaian dilaksanakan dengan menggunakan aplikasi-aplikasi penilaian seperti penilaian pencapaian pelajar, penilaian penggunaan media, penilaian rekabentuk dan pembinaan bahan dan penilaian program atau projek media.

4.0 KEPENTINGAN DOMAIN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL

Setiap pecahan domain yang dinyataka tadi sememangnya mempunyai fungsi dan kepentingan kepada semua guru dan juga murid. menurut Seels dan Richey (1994), domain tersebut menjadi asas dan struktur kepada bidang teknologi instruksional. Menurut Snelbecker (1974) pula, domain-domain tersebut merupakan kurikulum yang memberi tumpuan kepada apa yang hendak diajar manakala instruksional pula memberi tumpuan kepada bagaimana hendak mengajar. Selain daripada itu, domain berperanan penting dalam menghasilkan pengajaran atau latihan dan bahan pengajaran yang sistematik dan berkesan. Bahan pengajaran yang direka bentuk dan dibina perlu dinilai, diguna dan diurus agar dapat meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran (Yusup, 2002). Dalam latihan perindustrian, ia mampu meningkatkan prestasi pekerja dan produktiviti. Dalam bidang ketenteraan, domain teknologi instruksional dapat meningkatkan kemahiran anggota tentera menggunakan teknologi canggih (Yusup, 2002).

5.0 PERANAN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL DALAM AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN

Menurut Abdul Rahim Mohd Saad (1996), abad ke-21 mengundang pelbagai cabaran dan perubahan berkaitan dengan keperluan pendidikan dan latihan di sekolah, institusi pengajian tinggi, industri dan sektor perdagangan. Kewujudan teknologi maklumat dan teknologi multimedia telah meninggalkan impak yang besar dan meninggalkan impak yang besar sehingga menimbulkan dua persoalan utama tentang peranan teknologi pengajaran iaitu kesesuaian isi kandungan program pendidikan dan latihan masa kini iaitu kesesuaian kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada berbanding dengan teknologi masa kini.
Tiga peranan utama teknologi instruksional. Pertama, mengubah peringkat membuat keputusan. Di negara kita sukatan pelajaran ataupun kurikulum sekolah telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sukatan pelajaran tersebut digubal berlandaskan aras kemahiran murid mengikut peringkat umur. Pada peringkat perancangan sukatan pelajaran, perancang kurikulum akan bekerjasama dengan pereka pengajaran untuk menentukan penggunaan teknologi instruksional dalam kurikulum sekolah. Sebelum ini, penggunaan media dirancang semasa kurikulum dilaksanakan. Ringkasnya, peranan teknologi instruksional berperanan besar dalam merubah kebiasaan yang telah dilaksanakan sebelum ini. Sistem pendidikan kini lebih teratur dan mampu melahirkan pembelajaran yang berkesan kepada semua murid dalam masa yang singkat.
Kedua, teknologi instruksional mengubah sistem atau pendekatan pendidikan di mana ia boleh mempengaruhi sistem atau pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran seperti menukar sistem pendidikan konvensional (bersemuka), menerima sistem pembelajaran jarak jauh menggunakan bahan gaya pos dan kelas telesidang, sistem kelas terbuka menggunakan sistem pengajarn individu dan pengajaran peribadai atau sisetm sekolah bebas menggunakan sistem belajar sendiri dan pembelajaran bebas menggunakan perkhidmatan jaringan internet seperti WWW, LAN, CWN serta banyak lagi.
Peranan teknologi instruksional yang ketiga ialah mengubah pengalaman pembelajaran. Penggunaan atau aplikasi teknologi instruksional secara teratur dapat menolong setiap murid mendapatkan pengalaman pembelajaran yang khusus bagi menguasai sesuatu perkara. Contohnya, kemahiran berfikir temasuk kemahiran berfikir kreatif, membuat keputusan yang wajar, menyelesaikan masalah dan membayangkan sesuatu. Kemahiran berfikir berfungsi dalam semua domain kerana setiap domain melibatkan aspek penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Oleh itu amat penting walaupun ia tidak terdiri sebagai satu domain yang tersendiri. Selain daripada itu, teknologi instruksional yang dijalankan dengan teliti dapat mengubah ciri-ciri keperibadian yang mulia seperti jujur, bertanggungjawab, mahir bergaul dan mahir mengurus (Abdul Rahim Mohd Saad, 1996).

5.1 Teknologi Instruksional Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Formal.
Pendidikan formal dapat ditakrifkan sebagai satu proses pembelajaran yang dilaksanakan secara rasmi mengikut sistem yang telah ditetapkan oleh sesebuah kerajaan. Pendidikan formal berlaku di dalam sesebuah institusi yang berstruktur dari segi kronologi dan hierarki. Contoh pendidikan formal ialah pendidikan di sekolah, Institut Perguruan, Kolej Kejururawatan, Universiti dan sebagainya. Proses pendidikan formal akan berakhir dengan penganugerahan sijil, diploma dan ijazah. Beberapa kepentingan teknologi instruksional dalam pembelajaran formal yang akan saya fokuskan pada sub topik seterusnya.
5.1.1 Menggalakkan Pendekatan Kolaboratif.
Pembelajaran kolaboratif memerlukan penglibatan semua ahli kumpulan dimana ia memerlukan idea yang mencabar, menyokong dan menambah baik sesuatu idea sehingga mencapai persetujuan kumpulan. Melalui pendekatan ini, murid-murid akan mengumpul idea atau data, berkongsi pengalaman, berbnicang sesama mereka  seterusnya menyelesaikan masalah bersama. Setiap ahli kumpulan perlu memberikan komitmen semasa melaksanakan tugas yang diberi serta sedia untuk saling membantu untuk meningkatkan prestasi akademik mereka.

5.1.2 Meningkatkan Pencapaian Akademik Murid
Kajian menunjukkan keberkesanan teknologi instruksional melalui perisian pengajaran dari sudut peningkatan pencapaian murid. Kajian oleh North Central Regional Educational Laboratory, Amerika Syarikat (NCREL), merumuskan bahawa penggunaan perisian pengajaran dalam teknologi instruksional menunjukkan kesan positif terhadap pencapaian murid serta dapatan markah yang tinggi dalam peperiksaan (NCREL, 2002) terutamanya terhadap murid lemah (Newby et al., 2000).

5.1.3 Menggalakkan Persekitaran Pembelajaran Positif
Pengaplikasian teknologi instruksional secara berkesan dapat merangsang persekitaran pembelajaran yang positif serta dapat menarik minat murid. teknologi terkini seperti penggunaan laptop, tayangan slaid dapat merangsang perhatian murid secara optimum jika dilaksanakan dengan teratur. Guru perlu bijak dalam memilih pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan sesuai dengan kepelbagaian personaliti murid.

5.2 Teknologi Instruksional Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Tidak Formal
Pembelajaran tidak formal merupakan pembelajaran yang tidak dirancang dan terancang serta tidak disedari. Individu mengalami pembelajaran sepanjang hayat melalui interaksi dengan ibubapa, adik-beradik, rakan sebaya dan ahli masyarakat atau dari pekerjaan dan aktiviti sosial seperti lawatan, pendedahan kepada peristiwa semasa melalui media massa seperti buku, majalah, surat khabar, radio, televesyen dan sebagainya. Pembelajaran tidak formal boleh berlaku di mana-mana sahaja pada setiap masa.

5.2.1 Pembelajaran Melibatkan Pelbagai Deria
Tanpa disedari, murid-murid sebenarnya melakukan pembelajaran secara tidak formal iaitu di luar waktu persekolahan. Pendidikan menerusi perisian pengajaran dalam teknologi instruksional dapat menggerakkan setiap deria murid iaitu penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau untuk terlibat sama dalam proses pembelajaran. Hal ini bermaksud deria penglihatan, pendengaran, sentuhan dan minda seseorang murid itu akan tertumpu dan terlibat secara aktif dalam proses tersebut (Vaughan, 1998). Penglibatan lebih dari satu deria membawa impak positif terhadap proses pembelajaran. Pembelajaran yang menggunakan satu deria sahaja adalah kurang berkesan berbanding dengan pembelajaran menggunakan pelbagai deria (Neo & Neo, 2001).

5.2.2 Menggalakkan Pembelajaran Kendiri.
Dengan menggunakan perisian teknologi instruksional, murid berupaya untuk menyediakan platform pembelajaran kendiri dan juga jadual belajar yang seuai dengan mereka. Pembelajaran kendiri melalui perisian pengajaran adalah lebih baik berbanding dengan kaedah-kaedah tradisional dimana murid-murid boleh mengawal pembelajaran mereka berdasarkan kepada tahap kemampuan dan kesesuaian sendiri.

5.2.3 Kaedah Belajar Pelbagai
Kepelbagaian kaedah belajar yang digunakan mampu meningkatkan pencapaian murid dalam akademik. Perisian pengajaran dalam teknologi instruksional membolehkan proses pencarian isi pelajaran oleh murid dapat dilakukan dengan cara yang mudah difahami serta lebih menarik berbanding dengan hanya menggunakan buku atau media lain serta mampu memenuhi strategi belajar pelbagai variasi (Ellis, 2004). Setiap individu mempunyai corak pembelajaran yang berbeza. Kaedah pembelajaran tradisi tidak dapat memenuhi corak pembelajaran yang berbeza tersebut berbanding kaedah teknologi instruksional.

6.0 PENUTUP

Berdasarkan andaian dan  definisi-definisi, komponen definisi serta latar belakang sejarah definisi teknologi pembelajaran yang telah saya perolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini, nampaknya teknologi pemebelajaran akan terus mengalami proses penambahbaikan atau dalam erti kata yang lain menuju penyempurnaan pada masa-masa akan datang. Teknologi pembelajaran akan dipandang sebagai alat kepada sistem yang berorientasikan pada teori dan amalan, daripada hasil menuju ke proses dan hasil, dan akhirnya melalui perjalanan evolusi. Dewasa kini teknologi pembelajaran telah menjadi
Seiring dengan perkembangan dan kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi yang semakin pesat, khususnya dalam bidang pendidikan, psikologi dan komunikasi maka tidak mustahil pada masa hadapan, teknologi pembelajaran akan semakin terus berkembang dan semakin kukuh dalam menjadi suatu disiplin ilmu dan profesion yang mampu pergi lebih jauh untuk memberikan manfaat bagi pencapaian keberkesanan dan kecekapan pembelajaran.
Walaupun demikian, harus diakui bahawa perkembangan bidang dan profesion teknologi pembelajaran di negara kita sehingga  kini masih boleh dikatakan belum menyeluruh, baik dalam hal reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan, dan penilaian. Oleh yang demikian, usaha yang jitu  dan bersungguh-sungguh adalah diperlukan dalam   memperjuangkan teknologi pembelajaran daripada semua pihak baik dalam kalangan ahli akademik, penyelidik dan juga pengamal pendidikan.

(2,698 patah perkataan)

BIBLIOGRAFI

AECT (1977). The definition of educational technology. Washington DC:AECT

Fleming, M. & Levie, H. (1993). Instructional message design (2nd ed.) New Jersy:
Educational Technology Publications.

Gagne’ R., Briggs, L. & Wager, W. (1992). Principles of instructional design,
(5th ed.). New York: Holt, Rinehart and Winston.

Heinich, Molenda, Russell & Smaldino. (1999). Instructional media and technologies for learning. (6th ed). Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hill.

Martin, B. (1997). Media and IT (Instructional Technology) as part of education
(part 2). Educational Media International, 34 (2), pg 103-106.

Mohamed Hisyam bin Mohd Hashim. (2006). Interaksi dalam talian menggunakan
LMS: Satu kajian kes. Tesis Ph. D, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Reigeluth Charles M. (1983). Instructional Design – Theories and Models: An
Overview of their Current Status. New Jersy: Lawrence Erlbaum Associates
Inc.

Roblyer, M.D., Edwards, J. & Havriluk, M.A. (1997). Integrating educational
Technology into teaching.  Upper Saddle River, NJ: Prentice Hill.

Seels, B. & Richey, R. (1994). Instructional technology: The definition and domains
Of the field. Washington DC; AECT.

Yusuf Hashim. (1998). Teknologi pengajaran. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti.

Wan Zah Wan Ali (2000). Memahami pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications