Sunday, 12 June 2016

Tugasan: Pendidikan Inklusif

Pendidikan inklusif merupakan satu isu global dan dibeberapa buah negara,termasuk negara kita Malaysia.Malaysia telah menyatakan matlamat dan dasar secara bertulis untuk mencapai objektif tersebut.Usaha untuk membentuk komuniti sekolah lebih inklusif telah menghadapi pelbagai halangan,dilema dan kontradiksi yang menghasilkan refomasi pendidikan secara permukaan dan ad hoc.Berpandukan tinjauan literatur  dan analisis dasar,didapati bahawa perkembangan pendidikan inklusif di Malaysia telah didorong oleh perspektif yang sempit dan terbatas ini menunjukan bahawa dimensi input,proses,hasil,serta faktor luaran adalah saling berkait dan saling bergantung pada konteks.Analisis ini boleh dijadikan asas untuk menyemak semula dan mencadangkan dasar dan amalan pendidikan inklusif di Malaysia.Langkah kearah pendidikan inklusif menggunakan pendekatan yang lebih luas yang meliputi  sistem pendidikan perdana.Dengan memahami matlamat sebenar persekolahan dan bagaimana sekolah sebagai sebuah institusi sosial boleh menyumbang secara berkesan,dengan agenda untuk refomasi  kearah kualiti dan ekuiti pendidikan untuk pelajar dengan keperluan khas adalah satu usaha berterusan.
Pendidikan inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah merupakan pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluaan khas yang belajar bersama dengan murid-murid normal,dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa.(Haji Sabri Salleh,Timbalan Pengarah Pendidikan.(1996).
Lyin Gow (1990) menyatakan bahawa kanak-kanak ketiadakeupayaan belajar bersama-sama rakan sebaya dengan segala kemudahan pembelajaran berkesan yang dapat memenuhi keperluan mereka.
Stainback & Stainback (1990) menyatakan bahawa inklusif merupakan program menempatkan kanak-kanak ke dalam bilik darjah sebagaimana kawan yang tidak mempunyai kecacatan.




1
Kategori Individu berkeperluaan khas:
  1.0 Jenis-jenis pelajar masalah pembelajaran
-Lemah dalam pelajaran - "Slow Learner"
-Autistik
-Down Syndrome
-Terencat akal ringan.
-Hyperaktif
-Cerebral Palsy
* Pelajar ini mestilah boleh menguruskan diri seperti makan, berpakaian dan ke tandas sendiri.
  Mereka belajar bersama-sama dalam bilik darjah dengan pelajar-pelajar biasa yang seusia   dengan mereka. Kesamarataan Pendidikan Garis panduan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif kepelbagaian keupayaan individu selaras dengan Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 Bahagian II 3(2) yang menyatakan: “Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan disahkan oleh panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai Kementerian Pendidikan dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti program Pendidikan Kebangsaan layak untuk menghadiri program pendidikan khas kecuali murid-murid yang berikut;
a)  murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa; dan
 b)  murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau yang terencat akal yang berat.”



2

2.0  PERLAKSANAAN PROGRAM  SARINGAN DAN NUMERASI
 Pelaksanaan Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS), NKRA  telah dilaksanakan di semua sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan mulai bulan Januari tahun 2010 yang melibatkan murid Tahun Satu (kohort 1) 2010. Pelaksanaan  LINUS akan berterusan pada tahun yang akan mendatang.
 Murid yang tidak menguasai konstruk 1 dan 2 dalam saringan 3 disaring sekali lagi menggunakan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (IPMBDM) dan Instrumen Saringan Disleksia(ISD) bagi mendapat pengesahan Pegawai Perubatan dan Kementerian Pelajaran seterusnya akan menempatkan murid berdasarkan Keperluan pembelajaran mereka.

3.0 TUJUAN
  Panduan ini dihasilkan untuk membantu Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan  Guru Besar melaksanakan proses pengesahan murid berkeperluan Khas.
4.0 PROSEDUR PENGESAHAN MURID BERKEPERLUAN KHAS OLEH PEGAWAI
     PERUBATAN
 Dalam melaksanakan pengesahan murid berkeperluan khas oleh Pegawai Perubatan,
 semua pihak yang terlibat perlu mematuhi prosedur seperti yang digariskan di bawah:                           4.1 Ibu bapa/penjaga perlu membawa bersama keputusan saringan IPMBDM dan ISD
        anak/anak di bawah jagaan mereka semasa temu janji dengan pegawai perubatan.                               4.2  Borang BPKh01 merupakan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk membenarkan
      pemeriksaan perubatan dijalankan kepada anak/anak di bawah jagaan mereka.
      Ibubapa/penjaga perlu menanda tangani borang tersebut dan membawa bersama semasa
      temu janji dengan pegawai perubatan.
4.3  Borang BPKh02 merupakan borang pemohonan bagi menjalani pemeriksaan perubatan
     oleh murid yang telah dikenal pastimelalui saringan IPMBDM dan ISD. Pihak sekolah
     hendaklah mengisi borang ini dan diserahkan kepada ibu bapa/penjaga untuk dibawa
     bersama semasa temu janji dengan pegawai perubatan.                                                       4.4  Carta Aliran berikut merupakan penjelasan tentang prosedur yang perlu diikuti oleh
       PPD,  Guru Besar dan ibubapa.
3
                                                                                                                                                      5.0 UJIAN SARINGAN DAN DIAGNOSTIK
Ujian Saringan (US)
Ujian Saringan merupakan ujian yang dijalankan untuk menapis atau menyaring murid-murid berkeperluan khas daripada kelas perdana. Guru dapat mengesan kurid-murid yang dijangka memerlukan program pemulihan khas hasil daripada Ujian Saringan.
 Ujian Saringan ialah satu alat untuk meninjau secara am kelemahan dan kekuatan murid     dalam kemahiran mata pelajaran asas:-
 Instrumen US didasarkan kepada apa yang sudah dipelajari oleh murid dalam kelas biasa.
 Menguji murid yang dijangka memerlukan perkhidmatan pendidikan pemulihan.
Faktor yang menentukan bilangan murid :
• Skor yang rendah dalam Ujian Saringan.
• Jumlah yang dapat diselenggarakan oleh guru pemulihan.
• Masalah murid.
• Kemudahan ruang untuk kelas pemulihan.
6.0 Ujian Diagnostik
Definisi
Adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru pemulihan khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terpeinci yang dihadapi oleh seseorang murid.
7.0 Tujuan Ujian Diagnostik
7.1 Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan
       Kesulitan  yang dihadapi oleh murid.
7.2 Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk
       menguasai sesuatu kemahiran.
7.3 Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut
       kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid.
7.4 Ujian diagnostik bertujuan membantu guru merancang satu program pengajaran yang
      khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik.

4

7.5 Ujian diagnostik bertujuan membolehkan guru merancang dan membina program dan
      bahan bantu mengejar yang bersesuaian mengikut tahap murid.
8.0 Membina Ujian Diagnostik
 Sebelum membina sesuatu ujian diagnostik, beberapa perkara utama perlu ditentukan:-
8.1 Objektif ujian
8.2 Kemahiran yang hendak diuji
8.3 Bagaimana hendak menguji individu / kumpulan.
8.4  Siapa yang hendak diuji – sasaran.
8.5  Ujian yang dirancang dengan teliti, cermat dan sempurna dapat memberikan penilaian
       yang lebih adil terhadap murid pemulihan. Oleh itu, borang JPU perlu disediakan.-
8.6  Ujian berbentuk lisan dan bertulis lebih sesuai untuk menilai kesukaran yang dihadapi
       oleh murid dalam pembelajaran.
8.7  Kemahiran tersebut mestilah telah diajar sebelum ia diuji. Kemahiran tersebut hendaklah
       disusun dari senang ke susah.
8.8  Item yang hendak dibina berdasarkan kemahiran yang telah diperincikan terlebih dahulu.
9.0 Pelaksanaan dan Panduan Mentadbir Ujian Diagnostik
9.1 Ujian diagnostik hendaklah dilaksanakan setelah guru mengenal pasti murid-murid yang
      dipilih mengikuti program pemulihan Bahasa Melayu.
9.2 Ujian diagnostik lisan dijalankan secara individu, sementara ujian diagnostik bertulis
      dijalankan secara kumpulan kecil tidak melebihi empat orang dalam satu masa.
9.3 Oleh sebab ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang paling rendah kepada
       yang  paling tinggi – pengetahuan, pemahaman, penggunaan, maka hendaklah dimulakan
       dengan  ujian lisan dan di ikuti dengan ujian bertulis.






5


9.4 Ujian ini hendaklah diberhentikan sekiranya seseorang yang di uji itu didapati gagal
      menjawab semua item dengan betul dalam 3 kemahiran berturut-turut.
9.5 Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah direkodkan.
9.6 Keputusan ujian diagnostik dapat memberi panduan kepada guru untuk menyusun satu
      program pengajaran kepada murid tersebut.
9.7 Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab soalan supaya mereka dapat
      menjawab dengan tenag dan selesa.
9.8 Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi yang penting ialah keterangan-keterangan
      atau data-data yang diberi cara mana murid belajar.
9.9 Semua jawapan hendaklah diteliti oleh guru supaya guru tahu apa yang murid tidak tahu
      dan di manaa kesilapan mereka.
9.10 Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk menjadi panduan
        kepada guru pada satu masa yang lain.
10.0 Analisa Ujian Diagnostik
10.1 Jumlah kesalahan setiap kemahiran yang dilakukan oleh murid hendaklah direkodkan
        dalam  borang analisis.
10.2 Hasil analisis ujian diagnostik menjadi asas kepada guru untuk merancang pengajaran
        sama  ada secara kumpulan atau pun individu.
 11.0  Elemen Rancangan Pendidikan Individu
Fokus kepada 3 atau 4 sasaran utama dipilih daripada komponen yang berkaitan dengan bidang utama komunikasi, literasi, matematik, tingkah laku, dan kemahiran sosial yang sesuai dengan keperluan murid. Elemen utama yang perlu ada:
11.1  Sasaran jangka pendek yang ditentukan untuk atau oleh murid.
11.2  Strategi pengajaran yang akan digunakan.



6


11.3   Kemudahan atau perkhidmatan sokongan yang perlu ada
11.4   Penyemakan semula perancangan.
11.5   Hasil pencapaian yang akan direkodkan semasa penyemakan semula  rancangan
         Kerjasama melalui perkongsian maklumat, keputusan bersama, kebolehpercayaan bagi
         pendidikan individu (dokumentasi).
11.6    Objektif pengajaran dan pembelajaran  serta prosedur penilaian.
11.7    Meletakkan terlalu banyak sasaran pada masa adalah amat tidak sesuai.
11.8    Fokus kepada 3 atau 4 sasaran utama dipilih daripada komponen yang berkaitan dengan
          bidang utama komunikasi, literasi, matematik, tingkah laku dan kemahiran sosial yang
          sesuai dengan keperluan murid.

 12.0  Ciri-ciri Rancangan Pendidikan Individu
12.1      Komprehensif dan merangkumi pelbagai bidang
12.2     Matlamat yang spesifik dan objektif yang boleh diukur
12.3    Berasaskan urutan perkembangan kemahiran
12.4     Bersesuaian dan realistik (boleh dicapai)                                                                      12.5     Penggunaan bahasa yang mudah difahami
12.6     Digubal dan dipersetujui  bersama pasukan pelbagai disiplin
13.0 Guru kelas/Guru mata pelajaran/Guru resos
13.1  Menyediakan penilaian diagnostik yang sesuai bagi memastikan kekuatan dan keperluan
         murid.
13.2   Menyemak , mengemaskini matlamat dan objektif di awal tempoh persediaan RPI.
13.3  Memberi nasihat bagi keperluan peralatan khas.
13.4  Bertanggungjawab membina aktiviti pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan  
         murid,
13.5   Mengajar dan menilai pencapaian setiap objektif RPI.
13.6    Mengekalkan komunikasi dan hubungan baik dengan pihak ibu bapa, guru-guru  lain,
         profesional dan pegawai khidmat bantu yang terlibat.
13.7   Bekerjasama , mengekalkan komunikasi dengan guru-guru lain dan juga kakitangan

         (warga) sekolah yang lain.
7


 14.0 Pembantu guru
14.1  Membantu murid dengan aktiviti pembelajaran di kelas mengikut arahan guru kelas
14.2  Membantu guru mendapatkan bantuan peralatan khas
14.3  Merekod , memantau pencapaian objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran yang
       telah dikenalpasti                                                                                                       15.0 Ahli professional lain
15.1  Menyediakan khidmat bantu (bentuk nasihat, terapi dan sebagainya)
15.2  Menyediakan nasihat dari segi keperluan peralatan khas
15.3  Menyediakan bantuan teknikal
15.4  Menjadi sumber sokongan bagi keluarga
15.5  Melaksanakan penilaian bila diperlukan.

16.0 Kelas bimbingan dan aktiviti-aktiviti tambahan
16.1  Mengadakan kelas bimbingan tambahan bagi murid yang akan menduduki
         peperiksaan umum.                                                                                                                     16.2  Mengadakan kelas bimbingan bahasa isyarat kepada ibubapa/ penjaga murid supaya dapat
         membantu menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru di rumah.                                                  16.3  Membimbing murid dalam penggunaan perisian teknologi maklumat dan komunikasi.              16.4 Mewujudkan dan menyelia perjalanan aktiviti Kelab Komunikasi Seluruh di sekolah.            16.5  Melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di dalam dan di luar sekolah
17.0 Keperluan untuk Pelajar Berkeperluaan Khas
17.1  Kerusi meja seperti pelajar-pelajar normal.
17.2 Buku Teks mengikut kemampuan tahap KKBP walaupun berada di sekolah menengah.
17.3 Bahan-bantu mengajar boleh diubah suai oleh guru resos dan Jawatankuasa akademik.
17.4 Bahan rujukan/peralatan tambahan - atas kebijaksanaan/ inisiatif pihak sekolah.
17.5 Bilik resos - perlu diadakan untuk tujuan sesi bimbingan dan khidmat bantu
        dan kaunseling.



8


Kesimpulan

Pendidikan inkuisif lebih menumpukan perhatian ke arah pengsealiran pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal.Matlamatnya ialah  memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran dan pembelajaran serta dapat menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah bersama-sama pelajar normal.Ini bertujuan supaya pelajar-pelajar yang berkeperluan khas dapat menyesuaikan diri dari peringkat awal dalam semua aspek di sekolah dan juga dalam komuniti  setempat agar mereka mampu berdikari dan menjadi  anggota masyarakat yang boleh menyumbang.Bagi tujuan penambahbaikan pula perlu mendapat sokongan dari semua pihak khususnya pihak sekolah.  

Rujukan                  
Blog,cikgusuepkhas.blog sport.com/2012/isu-pendidikan-inklusif.html( Isu Pendidikan Inklusif).

EN.ZALIZAN MOHD. JELAS, Pendidikan Inklusif  dan Pelajar Berkeperluan Khas.2009.Syarahan Perdana UKM.Bangi,Selangor.

Kamariah Jalil. (1995). Ke arah Peluang Yang Sama Dan Penyertaaan Sepenuhnya.Kertas Kerja Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua. Primula Beach Resort,Terengganu.

 Farrell, P. & Ainscow, M. (Ed.). (2002). Making Special Education Inclusive. London:David  Fulton Publisher.

 Abdul Rahim Selamat. ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif.Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi.


 Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Tesis Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya

 http://penselcikgu.blogspot.my/2011/12/garis-panduan-perlaksanaan-program.html

No comments:

Post a Comment