Sunday, 12 June 2016

Pendidikan Iklusif

1.0 PENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF
Pendidikan merupakan hak asasi semua manusia dan jika di lihat dari segi falsafahnya, semua insan di dunia ini mempunyai untuk menuntut ilmu dam mempelajari sesuatu. Apabila d sentuh tentang isu pendidikan terhadap pelajar keperluan khas, mereka juga mempunyai minat dan cita-cita yang sama dengan individu normal. Pendidikan inklusif ialah pendidikan bagi kanak-kanak yang keperluan khas, Inklusif diambil daripada perkataan inggeris iaitu inclusive yang membawa erti ‘merangkumi’.
Pendidikan pada pandangan tokoh-tokoh falsafah membawa maksud yang hampir sama dimana mereka menyentuh tentang pelajar keperluan khas yang perlu di berikan tunjuk ajar yang sama dengan pelajar lain di dalam kelas yang sama,antara tokoh falsafah yang mengutarakan pendapat/pandangan mereka tentang pendidikan inklusif adalah seperti Kamariah Jarji 1994, Pendidikan Inklusif adalah pendidikan yang melibatkan pelajar berkeperluan khas di dalam kelas biasa bersama pelajar normal yang lain. Namun begitu bantuan yang sesuai akan diberikan bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka. Menurut Abraham, Morris and Wald 1993 pula berpendapat “ one in which children with and without disabilities learn and play together”.
Manakala bagi Sapon-Shevin dalan O’Neil 1994, Pendidikan Inklusif adalah sistem layanan pendidikan yang mensyaratkan anak berkeperluan khas belajar di sekolah-sekolah terdekat di kelas biasa bersama teman-teman seusianya, dan yang terakhir pula adalah Naim,1997 dalam buku Psikologi Pendidikan maksud inklusif secara umumnya adlah mengintegrasikan murid-murid keperluan khas ke dalam bilik darjah biasa supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal seperti murid-murid lain tanpa mengira status.
Pendidikan insklusif adalah merujuk kepada percampuran (mainstreaming) kanak-kanak pendidikan khas di sekolah-sekolah normal. Hakikatnya ini memberi peluang kepada kanak-kanak istimewa untuk belajar di sekolah-sekolah normal dan menyertai aktiviti-aktiviti yang ada. Dengan ini, peluang untuk mereka menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan biasa dapat dialami dan seterusnya mewujudkan golongan yang berupaya, mampu berdikari dan berkeyakinan.
Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara,Program Pendidikan Inklusif untuk kanak-kanak berpendidikan khas ini telah bermula pada tahun 1987 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Program tesebut menitikberatkan hak pelajar untuk belajar bersama-sama dengan pelajar normal yang lain dan mengikuti sukatan pelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Hal ini juga segaris dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menekankan pembelajaran seimbang kepada pelajar dari segi jasmani, emosi, rohan, intelek dan sosial ( JERIS).
Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut: "Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerjaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan."







2.0 CIRI-CIRI/KATEGORI INDIVIDU KEPERLUAN KHAS
Akta Pendidikan 1996 seksyen 312 (Farrel. 2003) menyatakan kanak-kanak itu dikatakan memerlukan keperluan khas jika mereka mempunyai masalah dalam aspek pembelajaran yang memerlukan peruntukan pendidikan khusus terhadap mereka. Mereka dikatakan menghadapi masalah dalam aspek pembelajaran jika mereka mempunyai masalah pembelajaran yang yang besar berbanding kanak-kanak sebaya dengannya dan adalah di bawah umur wajib bersekolah dan berada di kategori , mempunyai kecacatan yang menghalangnya menggunakan kemudahan pendidikan yang digunakan oleh kanak-kanak yang sebaya dengannya.
Dalam konteks Malaysia, kanak-kanak berkeperluan khas memberi definisi yang menekankan kepada kebolehan, kefungsian , kemahiran, perkembangan, penguasaan, dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran pengembangan  ( developmental skills ). Pendekatan baru menolak pendekatan tradisi yang menekankan  kecacatan dan ketidakbolehan  ( medical deficit model ). Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan kepada peringkat-peringkat kebolehan seseorang murid dengan  keperluan-keperluan khas adalah seperti kebolehan kognitif, perkembangan tingkah laku sosial, penguasaan bahasa dan lisan, penguasaan membaca, kemahiran matematik, kemahiran pertumbuhan asas manusia, kemahiran berdikari, kemahiran keusahawanan, kebolehan penglihatan dan kebolehan pendengaran.Terdapat beberapa kategori kanak-kanak berkeperluan khas yang dapat dikenal pasti iaitu :
Masalah penglihatan
 Masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanak -kanak yang memerlukan pendidikan kerana masalah penglihatan. Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka.
Masalah penglihatan
Masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanak -kanak yang memerlukan pendidikan kerana masalah penglihatan. Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka.
Masalah pendengaran
Murid yang menghadapi masalah pendengaran ialah murid yang pendengarannya tidak jelas dan memerlukan alat bantuan mendengar. Murid yang mengalami masalah ini perkembangan pertuturan dan bahasanya akan terganggu dan lambat. Kanak-kanak tidak langsung dapat mendengar pula akan juga tidak dapat bercakap (bisu).
• Mereka yang menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan pendengaran yang jelas ( Bee H. 1995).
• Menurut International Encylopedia Volume 5 (1975) , cacat pendengaran bermakna kehilangan atau kekurangan daya pendengaran pada satu telinga atau kedua-keduanya kekurangan atau kehilangan daya pendengaran.
Masalah pertuturan
Masalah pertuturan boleh dikategorikan kepada empat iaitu masalah sebutan, masalah gagap, masalah suara dan masalah bahasa. Masalah sebutan ialah kecenderungan meninggalkan suku kata atau mengubah bunyi sesuatu perkataan, misalnya perkataan “saya” menjadi “caya”.
Masalah pembelajaran
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran ialah kanak-kanak yang tekah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar-pakar klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menggangguproses pembelajaran. Kanak-kanak ini mengalami masalah seperti berikut lambat untuk menguasai kemahiran berkomunikasi,  lambat berkembang persepsi pendengaran dan penglihatan dan menghadapi kesukaran untuk membaca, mengeja, menulis dan mengira. Kanak-kanak ini memerlukan perhatian dan keprihatinan yang lebih daripada masyarakat terhadap masalah yan mereka hadapi supaya dapat menjalani kehidupan seharian bersama orang lain.
Masalah tingkah laku
Masalah tingkah laku dan kurang kemahiran penyesuaian diri adalah keadaan yang biasa terjadi di kalangan kanak -kanak dan remaja bermasalah, terutamanya mereka yang mengalami masalah pembelajaran yang teruk. Antara masalah tingkah laku di kalangan kanak -kanak dan remaja adalah seperti tingkahlaku ganas,  menentang, tidak mahu menurut kata, sikap terlalu bergantung,  sikap suka mengelak dan tingkahlaku pasif
Disleksia
Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya, masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan
Attention Defict/hyperactivity disorder ADD/ADHD
Kanak-kanak Attention Defict / Hyperactivity disorder ADD/ADHD tidak dapat mengekalkan perhatian dan mudah mengalih perhatiannya, sukar menyiapkan satu tugasan, pelupa dan sentiasa memerlukan penyeliaan. Kanak-kanak ini juga bersikap impulsif dan sering menggangu perbualan, aktiviti atau menyatakan sesuatu tanpa berfikir. Sifat hiperaktif dan pergerakan fizikal yang keterlaluan juga merupakan ciri-ciri kanak-kanak ADHD.








3.0 CARA MENGENALPASTI INDIVIDU KEPERLUAN KHAS
3.1 Prosedur Pelaksanaan Proses Penilaian
Langkah 1 – Penapisan (Screening)
i) Prosedur menguji/memeriksa sekumpulan pelajar sebagai usaha mengenal pasti mereka yang mempunyai risiko yang tinggi; mereka yang dikenal pasti dirujuk untuk pemeriksaan dan pengukuran yang lebih bersungguh dan intensif.
ii) Guru, orang yang pertama melakukan penapisan dengan menggunakan pemerhatian di bilik darjah dan standardized group assessment tool (contoh: senarai semak, borang berkadar/’rating’, alat pengukuran yang piawai, pemerhatian dlm bilik darjah) untuk mengesan pelajar berisiko tinggi
Langkah 2 – Pencalonan (Referral)
i) Individu atau pasukan (di sekolah) menerima pencalonan untuk melaksanakan Penilaian Pendidikan Khas. Tugas pertama ialah menulis kepada ibu bapa supaya mereka memberi kebenaran dan menerima penerangan tentang proses tersebut.
ii) Selepas itu, pasukan ini akan membentuk Pelan Penilaian Individu untuk mengenal pasti aspek-aspek yang memerlukan perhatian khas dalam prosedur ujian.
Langkah 3 – Penilaian
i) Ujian saringan  bertujuan untuk  mengklasifikasi, penempatan, dan penentuan program khas.
ii) Memberi penilaian yang bersesuaian kepada pelajar dengan menggunakan penilaian formal dan informal untuk mengidentifikasi corak pembelajaran pelajar
(perhatian: tidak menggunakan satu alat ukur secara Khusus untuk menentukan tahap kefungsian aspek-aspek tertentu.).
Langkah 4 – Kelayakan
i) Selepas proses penilaian (analisis dan penafsiran skor ujian) disempurnakan, pasukan ini harus mengadakan perjumpaan untuk menentukan kelayakan pelajar untuk menerima Pendidikan Khas.
Langkah 5 – melaksanakan ujian diagnostik dan Membentuk Program Pendidikan Individu /RPI (IEP)
Pengesanan boleh dilakukan secara tidak formal oleh individu yang rapat dengan kanak-kanak seperti guru, ibu bapa, penjaga mahupun pembantu rumah melalui pemerhatian dan analisis hasil kerja.
Pengesanan secara formal pula boleh dijalankan menerusi penilaian perkembangan dan penilaian pencapaian,ianya boleh dilakukan di dalam bilik darjah dan di rumah. Dalam erti kata yang lain, pengesanan boleh digunakan untuk mengenal pasti individu yang memerlukan penilaian yang lebih mendalam. Oleh yang demikian, pengesanan atau diagnosis awal sangat penting dalam menjamin kemajuan dan perkembangan kanak-kanak yang dikenalpasti berkeperluan khas.








4.0 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN INKLUSIF
Proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Inklusif perlu dirancang dengan teliti dan bersandarkan kepada ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas. Antara kaedah yang berkesan adalah kaedah Intervensi. Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pengesanan pada peringkat awal lagi bagi membolehkan mereka mengikuti suatu sistem persekolahan yang terancang bagi mengembangkan potensi diri mereka. Menurut Zarin, Safani & Soon (2004), setiap kanak-kanak perlu diberi intervensi awal iaitu satu program yang tersusun, berstruktur, dan berperingkat. Intervensi awal mendidik kanak-kanak bekeperluan khas dari masa lahir hingga prasekolah. Selain itu juga melibatkan kolaborasi pelbagai disiplin
Intervensi awal ini juga memberi kesan positif pada perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas antaranya ia dapat memberi pendekatan penambahan komunikasi. Sesetengah individu memerlukan intervensi melalui kaedah komunikasi selain daripada bahasa lisan. Selain itu, dalam sesetengah kes, individu tersebut tidak boleh bertutur disebabkan oleh masalah fizikal atau keupayaan kognitif. Oleh itu, kaedah komunikasi yang tidak melibatkan pertuturan hendakla Memandangkan murid mempunyai keupayaan yang berbeza, guru harus menyediakan aktiviti yang sesuai. Usaha ini dapat memastkan murid terlibat aktif, juga membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan, bermakna dan menggembirakan.
Proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang serta dikendalikan dengan teliti dan sistematik bagi menjamin setiap murid mendapat peluang yang sama, sama ada dilaksanakan secara kelas. Kumpulan mahupun secara individu, antara pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan adalah:
4.1 Pendekatan Analisis Tugasan
Pendekatan Analisis Tugasan melibatkan proses pembahagian kemahiran kepada beberapa komponen atau langkah mudah yang dapat dikuasai dan dipelajari oleh seseorang murid. Kaedah analisis tugasan membantu guru menyusun atur kemahiran yang hendak diajar, memberi latihan yang konsisten dan nilai tahap pencapaian murid. Penyediaan analisis tugasan dapat dilaksanakan dengan langkah-langkah berikut:
Memastikan kemahiran yang sesuai diajar pada murid mengikut tahap keupayaan.
Huraikan secara ringkas kemahiran yang terpilih.
Kemahiran yang dipilih dipecahkan kepada langkah-langkah kecil.
Buat penyesuaian langkah-langkah pembelajaran mengikut kelemahan dan kebolehan murid.
Guru menjalankan analisis tugasan.
Guru membuat pemerhatian dan penilaian apabila murid telah menguasai kemahiaran yang diajar.
Membuat penambahan dan perubahan di mana perlu sehingga murid dapat menguasai kemahiran yang hendak diajar.
4.2 Pendekatan Belajar Melalui Bermain
Pendekatan Belajar Melalui Bermain ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas kerana bermain merupakan keperluan murid. Melalui aktiviti ini mereka melakukan penerokaan, penemuan dan pembinaan berdasarkan pengalaman dengan rasa gembira dan seronok. Selain menyeronokkan, pendekatan ini boleh meningkatkan keupayaan kognitif dan memenuhi rasa ingin tahu, penguasaan psikomotor, kemahiran berfikir serta mengendalikan emosi.
Ciri-ciri pendekatan bermain sambil belajar yang ditekankan ialah:
Aktiviti yang menyeronokkan.
Penerokaan dan interaksi dengan persekitaran.
Permainan bebas dan terancang.
Keanjalan masa.
Percubaan idea sendiri.
Peluang untuk memberikan tumpuan dan perhatian.


4.3 Pendekatan Pembelajaran Pengalaman
Pendekatan Pembelajaran Pengalamian adalah berdasarkan kesediaan dan keupayaan individu. Pendekatan ini meningkatkan arah kendiri individu di mana murid diberi peluang menilai keupayaan diri sendiri. Guru yang melaksanakan kaedah ini seharusnya menjalankan peranan berikut:
Menentukan suasana yang positif untuk proses pembelajaran.
Menjelaskan peranan murid dalam tugasan.
Memastikan sumber untuk proses pembelajaran ada dan mudah diperoleh.
Menyusun sumber untuk proses pembelajaran.
Seimbangkan komponen intelek dan emosi dalam pembelajaran.
Berkongsi perasaan dan pemikiran dengan murid tanpa menguasai dan mengongkong mereka.










5.0 SOKONGAN INFRASTRUKTUR UNTUK MURID KEPERLUAN KHAS
Kemudahan fizikal seperti bilik darjah, makmal, bilik khas dan kemudahan lain serta persekitaran sekolah yang kondusif adalah keperluan paling asas bagi menyediakan peluang pembelajaran optimum kepada semua pelajar termasuk untuk pelajar Pendidikan Khas (PK). Sistem pendidikan di negara kita kini telah diubah suai selaras dengan hasrat negara yang terkandung dalam Wawasan 2020. Ianya menjadi sasaran utama negara untuk menjadi sebuah negara maju yang mementingkan pembangunan insan selaras dengan pendidikan bersepadu yang digunakan.
Pendidikan adalah satu wacana yang penting bagi merealisasikan matlamat negara maju. Seperti yang kita ketahui, sebahagian besar masa pelajar-pelajar adalah di dalam bilik darjah. Ia merupakan satu tempat bagi pelajar-pelajar berkumpul untuk belajar tanpa mengira latar belakang. Manakala pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai kebolehan guru mengawal pelajar bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Pengurusan bilik darjah yang baik dapat mengurangkan masalah disiplin dan meningkatkan prestasi pelajar. Seiring dengan itu, pembangunan dan iklim bilik darjah yang kondusif perlu diubah suai mengikut keperluan pelajar biasa dan pelajar yang berkeperluan khas khususnya. Pelajar berkeperluan khas ditempatkan di bawah pendidikan khas iaitu, perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu istimewa atau kurang upaya yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, masalah pendengaran, masalah penglihatan, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas.
Bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, susun atur sesebuah bilik darjah yang diperlukan di peringkat sekolah rendah agak berbeza berbanding dengan di peringkat yang lebih tinggi. Suasana fizikal dalam bilik darjah khususnya susunan tempat duduk memainkan peranan penting. Saiz bilik bagi pengajaran Pendidikan Islam haruslah sesuai agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan selesa. Susunan yang berkesan membolehkan guru mudah untuk bergerak menghampiri pelajar. Susunan perabot seperti komputer, almari, meja besar untuk kerja kumpulan yang selesa dan kemas akan menimbulkan suasana ceria bagi pelajar menjalani proses pembelajaran. Secara amnya, ukuran umum bagi ruang bilik darjah yang biasa terdapat di sekolah-sekolah ialah 72 meter persegi (9 m × 8 m), tetapi ada di antara bilik darjah di sekolah-sekolah sama ada di bandar mahupun luar bandar tidak mengikut ukuran yang ditetapkan. Keselesaan pelajar bukan lagi menjadi keutamaan dan ini amat membimbangkan kerana pencapaian pelajar bergantung kepada usaha daripada mereka sendiri, guru serta pihak sekolah. Menurut Purkey dan Smith (1983), persekitaran sesebuah sekolah memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar.
Menurut Elliot dan Thurlow (2006), perhatian yang diberi mengenai kesamarataan bagi penilaian yang berbeza untuk pelajar kurang upaya telah meningkat dan perkara ini tidak lagi menghairankan. Pelbagai cadangan dibuat bagi membantu golongan ini seperti menjalankan ujian yang bersesuaian dengan ketidakupayaan mereka. Orang Kurang Upaya (OKU) tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum atas asas ketidakupayaan. Oleh yang demikian, bagi membolehkan mereka yang kurang upaya melanjutkan pelajaran, penyesuaian yang munasabah yang sesuai dengan keperluan OKU dari segi prasarana, kelengkapan dan bahan pengajaran, kaedah pengajaran, kurikulum dan bentuk sokongan lain yang memenuhi pelbagai keperluan mereka perlu disediakan. Menurut Zainudin (2004), golongan ini juga berhak mendapat kesamarataan dan layanan secara adil tanpa sebarang unsur diskriminasi terhadap ketidakupayaan mereka.
Bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, susun atur sesebuah bilik darjah yang diperlukan di peringkat sekolah rendah agak berbeza berbanding dengan di peringkat yang lebih tinggi. Suasana fizikal dalam bilik darjah khususnya susunan tempat duduk memainkan peranan penting. Saiz bilik bagi pengajaran Pendidikan Islam haruslah sesuai agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan selesa. Susunan yang berkesan membolehkan guru mudah untuk bergerak menghampiri pelajar. Susunan perabot seperti komputer, almari, meja besar untuk kerja kumpulan yang selesa dan kemas akan menimbulkan suasana ceria bagi pelajar menjalani proses pembelajaran. Secara amnya, ukuran umum bagi ruang bilik darjah yang biasa terdapat di sekolah-sekolah ialah 72 meter persegi (9 m × 8 m), tetapi ada di antara bilik darjah di sekolah-sekolah sama ada di bandar mahupun luar bandar tidak mengikut ukuran yang ditetapkan. Keselesaan pelajar bukan lagi menjadi keutamaan dan ini amat membimbangkan kerana pencapaian pelajar bergantung kepada usaha daripada mereka sendiri, guru serta pihak sekolah. Menurut Purkey dan Smith (1983), persekitaran sesebuah sekolah memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar.
6.0 KESIMPULAN
Keputusan yang telah diambil dalam pendidikan khas bagi beberapa tahun kebelakangan ini di Malaysia bersesuaian dengan kehendak masyarakat dunia dan ia perlulah disokong sepenuhnya. Justeru itu, sekolah mestilah menyediakan kemudahan dan peluang bagi semua jenis kanak-kanak belajar bersama, tanpa mengira kekurangan dari segi fizikal, intelek, emosi, dan lain-lain. Sekolah sebagai sebuah institusi kecil harus berusaha mengadakan muafakat dan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menjayakan pendidikan untuk semua di mana murid-murid berkeperluan khas dapat belajar dan berinteraksi dengan rakan normal di samping memberi peluang murid-murid normal mengenali murid-murid khas ini. Perubahan sikap dan pandangan positif masyarakat kepada golongan ini amat diperlukan untuk menjamin golongan ini diterima dalam masyarakat seadanya.
Pembaharuan perlu dibuat bagi memastikan kejayaan pendidikan inklusif dan di akui untuk mengubah sikap itu untuk menerima pendidikan inklusif bukannya mudah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berpendidikan khas. Untuk kelas inklusif yang berjaya, guru biasa dan guru Pendidikan Khas perlu memberi penekanan terhadap komunikasi semua guru yang terlibat dalam program ini mesti bersikap jujur dan terbuka dalam menangani segala masalah dan peranan yang timbul. Guru-guru yang terlibat dalam kelas inklusif hendaklah bersedia untuk menghadapi sebarang rintangan dan halangan yang mendatang. Mereka juga perlu belajar untuk berkompromi dan juga membuat sesuatu yang berlainan sama sekali daripada yang dirancangkan.






7.0 RUJUKAN
Chua Tee Tee, Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan Bacaan Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Supiah Saad. 2010. Komitmen dan Peranan Guru dalam Pelaksanaan Pendekatan Pendidikan Inklusif di Malaysia. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sabilah Binti Wahab. 2006. Persepsi Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Tiga Buah Sekolah di Daerah Johor Baru. Sekudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Apa Itu Pendidikan Khas. (n.d). Diambil pada 21 November 2013 daripada http://khasmawatilahuri.files.wordpress.com/2012/11/ppki.pdf

Masalah Pendidikan Khas. (n.d). Diambil pada 21 November 2013 daripada    http://welovependidikankhas.blogspot.com/p/apakah-itu-pendidikan-khas-masalah.html








No comments:

Post a Comment