Kadar Peratusan Ingatan Murid Berdasarkan Teknik Belajar
Menurut Fadzilah (2010) terdapat perkara yang perlu diamabil perhatian oleh murid semasa belajar iaitu murid akan dapat mengingat 10% daripada maklumat sekiranya murid tersebut hanya membaca. Kadar ingatan akan meningkat kepada 20% sekiranya murid mendapat maklumat tersebut melalui pendengaran. Apabila murid mendengar dan melihat maklumat tersebut, maka kadar ingatan akan meningkat kepada 50%. Akan tetapi sekiranya murid mengeluarkan maklumat tersebut menerusi percakapan atau perkongsian, maka kadar ingatan akan meningkat kepada 70%. Kadar ingatan bertambah baik iaitu 90% sekiranya murid tersebut dapat mempraktikkan atau melakukan maklumat yang disimpan dalam memori mereka.
Oleh yang demikian, murid perlu mengeluarkan serta mengamalkan maklumat yang dibaca agar kadar ingatan meningkat. Contoh sekiranya murid ingin menguasi kemahiran menulis karangan bertajuk kemalangan jalan raya. Langkah yang boleh diambil oleh murid berkenaan ialah murid perlu membaca dan mencatatkan seberapa banyak maklumat berkaitan kemalangan jalan raya. Selepas itu, murid perlu mengeluarkan segala maklumat berkenaan dengan menghasilkan sebuah karangan berkaitan kemalangan jalan raya. Dengan cara demikian, kadar ingatan murid terhadap tajuk tersebut akan meningkat kepada 90%.


No comments:
Post a Comment