1.0 DEFINISI PENDIDIKAN INKLUSIF
Istilah pendidikan inklusif atau inklusi, mula dikemukakan sejak tahun 1990, ketika konferensi dunia tentang pendidikan untuk semua, yang diteruskan dengan pernyataan salamanca tentang pendidikan inklusif pada tahun 1994.
Pendidikan inklusif memiliki prinsip dasar bahawa selama memungkinkan, semua kanak-kanak belajar bersama-sama tanpa memandang kesukaran ataupun perbezaan yang mungkin ada pada mereka.
2.0 PENGERTIAN PENDIDIKAN INKLUSIF
Pendidikan Inklusif adalah sistem layanan pendidikan yang mensyaratkan kanak-kanak berkeperluan khas belajar di sekolah-sekolah terdekat di kelas biasa bersama rakan-rakan seusianya (Sapon-Shevin dalam O’Neil 1994).
Sekolah penyelenggara pendidikan inklusif adalah sekolah yang menampung semua murid di kelas yang sama. Sekolah ini menyediakan program pendidikan yang layak, berkesan, tetapi disesuaikan dengan kemampuan dan keperluan setiap murid mahupun bantuan dan dukungan yang dapat diberikan oleh para guru, agar kanak-kanak berhasil (Stainback, 1980).
Sekolah inklusif merupakan perkembangan baru dari pendidikan terpadu. Pada sekolah inklusif setiap anak sesuai dengan keperluan khasnya, semua diusahakan dapat dilayani secara optimal dengan melakukan berbagai modifikasi dan atau penyesuaian, mulai dari kurikulum, sarana dan prasarana, tenaga pendidikan dan kependidikan, sistem pembelajaran sampai pada sistem penilaiannya.
3.0 SIAPAKAH MURID ATAU KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KKBK) ?
Keperluan khas merujuk kepada keperluan kanak-kanak iaitu atas satu sebab atau yang lain memerlukan bantuan khas, sokongan, dan rangsangan. Kanak-kanak yang dirujuk di sini boleh dirujuk kepada kanak-kanak yang mengalami perkembangan yang lambat dalam satu atau lebih daripada sebab berikut:
Kerencatan akal
Kecacatan fizikal
Kekurangan penglihatan
Kekurangan pendengaran
Gangguan pertuturan
Kesukaran dalam perkembangan sosial dan emosi
Sebahagian daripada kanak-kanak ini mungkin memerlukan bantuan khas untuk sepanjang hayat mereka, sementara yang lain mungkin memerlukan bantuan untuk suatu jangka masa tertentu.
3.1 Kanak-kanak luar biasa (exceptional children)
Kanak-kanak dianggap luar biasa apabila program pendidikan perlu diubahsuai untuk memenuhi keperluannya. Oleh itu kanak-kanak luar biasa bukan merujuk kepada mereka yang tidak dapat menguasai pembelajaran tetapi juga mereka yang mempunyai kepintaran dan bakat yang luar biasa.
Kanak-kanak luar biasa daripada sudut pendidikan lebih sesuai dianggap sebagai kanak-kanak berkeperluan khas (KKBK) atau kanak-kanak istimewa.
Kanak-Kanak luar biasa secara umum lebih sesuai dirujuk sebagai kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa iaitu kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak biasa dari segi:
Ciri-ciri mental
Keupayaan deria
Keupayaan komunikasi
Perkembangan tingkah laku dan emosi atau
Ciri-ciri fizikal/saraf/otot
#Kirk dan rakan-rakan (1993)
3.2 Kanak-kanak berkeperluan khas mengikut Akta Pendidikan 1996
Murid-murid berkeperluan khas bererti murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan, atau kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran.
3.3 Kategori Kanak-Kanak Luar Biasa
Secara umumnya Kanak-kanak luar biasa boleh dikategorikan seperti berikut:
Rencat akal
Masalah Pembelajaran
Masalah tingkah laku
Masalah komunikasi
Masalah pendengaran
Masalah penglihatan
Kecacatan fizikal dan kesihatan
Kecacatan yang serius dan pelbagai
Pintar cerdas dan pelbagai
Autism
4.0 CARA MENGESAN MURID ATAU KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
Prosedur Pelaksanaan Proses Penilaian
Langkah 1 – Penapisan (Screening)
Prosedur menguji/memeriksa sekumpulan pelajar sebagai usaha mengenal pasti mereka yang mempunyai risiko yang tinggi; mereka yang dikenal pasti dirujuk untuk pemeriksaan dan pengukuran yang lebih bersungguh dan intensif.
Guru, orang yang pertama melakukan penapisan dengan menggunakan pemerhatian di bilik darjah dan standardized group assessment tool (con: senarai semak, borang berkadar/’rating’, alat pengukuran yang piawai, pemerhatian dlm bilik darjah) untuk mengesan pelajar berisiko tinggi
Langkah 2 – Pencalonan (Referral)
Individu atau pasukan (di sekolah) menerima pencalonan untuk melaksanakan Penilaian Pendidikan Khas. Tugas pertama ialah menulis kepada ibu bapa supaya mereka memberi kebenaran dan menerima penerangan tentang proses tersebut.
Selepas itu pasukan ini akan membentuk Pelan Penilaian Individu untuk mengenal pasti aspek-aspek yang memerlukan perhatian khas dalam prosedur ujian.
Langkah 3 – Penilaian
Ujian saringan-untuk tujuan mengklasifikasi, penempatan, dan penentuan program khas
Memberi penilaian yang bersesuaian kepada pelajar dengan menggunakan penilaian formal dan informal untuk mengidentifikasi corak pembelajaran pelajar (perhatian: tidak menggunakan satu alat ukur secara Khusus untuk menentukan tahap kefungsian aspek-aspek tertentu.).
Langkah 4 – Kelayakan
Lepas proses penilaian (analisis dan penafsiran skor ujian) disempurnakan, pasukan ini harus mengadakan perjumpaan untuk menentukan kelayakan pelajar untuk menerima Pendidikan Khas.
Langkah 5 – melaksanakan ujian diagnostik dan Membentuk Program Pendidikan Individu
/RPI (IEP)
5.0 KAEDAH / TEKNIK P&P MURID BERKEPERLUAN KHAS
Proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan khas memerlukan guru menggunakan pelbagai pendekatan yang sesuai dengan perkembangan diri, kebolehan, keupayaan, bakat, minat serta latar belakang murid. Memandangkan murid mempunyai keupayaan yang berbeza, guru harus menyediakan aktiviti yang sesuai. Usaha ini dapat memastkan murid terlibat aktif, juga membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan, bermakna dan menggembirakan.
Proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang serta dikendalikan dengan teliti dan sistematik bagi menjamin setiap murid mendapat peluang yang sama, sama ada dilaksanakan secara kelas. Kumpulan mahupun secara individu. Berpandukan matlamat dan objektif dalam kurikulum ini, antara pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan adalah:
I. PENDEKATAN ANALISIS TUGASAN
Pendekatan Analisis Tugasan melibatkan proses pembahagian kemahiran kepada beberapa komponen atau langkah mudah yang dapat dikuasai dan dipelajari oleh seseorang murid. Kaedah analisis tugasan membantu guru menyusun atur kemahiran yang hendak diajar, memberi latihan yang konsisten dan nilai tahap pencapaian murid. Penyediaan analisis tugasan dapat dilaksanakan dengan langkah-langkah berikut:
Memastikan kemahiran yang sesuai diajar pada murid mengikut tahap keupayaan
Huraikan secara ringkas kemahiran yang terpilih
Kemahiran yang dipilih dipecahkan kepada langkah-langkah kecil
Buat penyesuaian langkah-langkah pembelajaran mengikut kelemahan dan kebolehan murid
Guru menjalankan analisis tugasan
Guru membuat pemerhatian dan penilaian apabila murid telah menguasai kemahiaran yang diajar
Membuat penambahan dan perubahan di mana perlu sehingga murid dapat menguasai kemahiran yang hendak diajar
II. PENDEKATAN BELAJAR MELALUI BERMAIN
Pendekatan Belajar Melalui Bermain ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas kerana bermain merupakan keperluan murid. Melalui aktiviti ini mereka melakukan penerokaan, penemuan dan pembinaan berdasarkan pengalaman dengan rasa gembira dan seronok. Selain menyeronokkan, pendekatan ini boleh meningkatkan keupayaan kognitif dan memenuhi rasa ingin tahu, penguasaan psikomotor, kemahiran berfikir serta mengendalikan emosi.
Ciri-ciri pendekatan bermain sambil belajar yang ditekankan ialah:
Aktiviti yang menyeronokkan
Penerokaan dan interaksi dengan persekitaran
Permainan bebas dan terancang
Keanjalan masa
Percubaan idea sendiri
Peluang untuk memberikan tumpuan dan perhatian
III. PENDEKATAN PENGAJARAN BERTEMA
Pendekatan Pengajaran Bertema digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid pendidikan khas. Pemilihan topik atau tema mestilah yang bersesuaian dengan persekitaran murid.
Pendekatan Pengajaran Bertema melibatkan perkara-perkara berikut:
Penggunaan satu tajuk umum merentasi bidang pembelajaran
Pemilihan tajuk berasaskan kesesuaian tahap murid, situasi tertentu atau peristiwa semasa
Saling berkaitan dengan pengalaman sedia ada dan pengalaman baru diperoleh secara tersusun dan sistematik
Peluasan dan pengukuhan pengetahuan dan kemahiran
Pemeringkatan daripada yang mudah kepada sukar dan umum kepada yang lebih khusus
Pemilihan tema pula perlu mengambil kira perkara-perkara di bawah:
Kesesuaian dengan kehidupan murid
Peluang untuk mengaplikasi kemahiran kepada murid-murid seperti kemahiran asas mendengar, membaca, menulus, mengira, penggunaan komputer dan lain-lain.
Kemahiran yang diperoleh daripada tema yang diajar dapat membantu murid mendapat kemahiran penyelesaian masalah
Sumber yang mudah didapati
Mengikut musim atau peristiwa untuk memberi kesedaran dan pengukuhan serta meningkatkan pengetahuan murid
Perkara-perkara berikut perlu dilaksanakan dalam Pendekatan Pengajaran Bertema:
Sumbangsara berdasarkan topik oleh murid
Kenal pasti subtopik dan pilih aktiviti yang sesuai untuk membantu murid mempelajari isi kandungan dan mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam konteks yang bermakna
Mencipta peta minda untuk tema
Merancang dan menggalakkan kemahiran berfikir
Iklim dan persekitaran bilik darjah mempunyai suasana yang kondusif dan berkaitan dengan tema.
IV. PENDEKATAN PEMBELAJARAN PENGALAMIAN
Pendekatan Pembelajaran Pengalamian adalah berdasarkan kesediaan dan keupayaan individu. Pendekatan ini meningkatkan arah kendiri individu di mana murid diberi peluang menilai keupayaan diri sendiri.
Guru yang melaksanakan kaedah ini seharusnya menjalankan peranan berikut:
Menentukan suasana yang positif untuk proses pembelajaran
Menjelaskan peranan murid dalam tugasan
Memastikan sumber untuk proses pembelajaran ada dan mudah diperoleh
Menyusun sumber untuk proses pembelajaran
Seimbangkan komponen intelek dan emosi dalam pembelajaran
Berkongsi perasaan dan pemikiran dengan murid tanpa menguasai dan mengongkong mereka
Prinsip-prinsip Pendekatan Pembelajaran Pengalamian ialah:
Guru menentukan matlamat dan objektif untuk individu serta kumpulan
Aktiviti pembelajaran yang dibentuk adalah untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai dengan kesediaan murid
Guru perlu menjelaskan tentang tugas atau aktiviti yang akan dijalankan dengan murid dan berbincang mengenai apa yang diharapkan daripada murid
Murid perlu ditempatkan dalam situasi atau suasana yang memerlukan kemahiran baru atau sokongan dan peneguhan dengan pengalaman lalu
Pembelajaran berlaku melalui pengalaman pembelajaran dan berikan maklumat tentang apa yang dibuat atau dipelajari
Berikan bantuan, latihan dan peneguhan dengan mengaitkan pembelajaran yang baru dalam kehidupan sebenar murid seperti sekolah, keluarga dan komuniti
V. PENDEKATAN PEMBELAJARAN MASTERI
Pendekatan Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan semua murid meguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan masa yang panjang untuk menghasilkan pendidikan berkualiti.
Keperluan-keperluan pelaksanaan Pendekatan pembelajaran Masteri ialah:
Guru perlu menyedari bahawa:
murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza antara satu sama lain
murid memerlukan pendekatan pendidikan yang sesuai dan berkesan
murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diajarkan
Prinsip Asas Masteri
pembelajaran dipecahakan kepada unit yng lebih kecil supaya mudah untuk dikuasai
masa pengajaran perlu mencukupi untuk menguasai kemahiran
arahan guru perlu jelas
Ciri-ciri Pembelajaran Masteri
hasil pembelajaran perlu ditentukan
hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran
aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakan, berkesan, menarik dan menggembirakan
bahan pengajaran dan pembelajaran mesti sesuai dengan tahap penguasaan murid dan berkaitan dengan kemahiran yang dipelajari
murid mesti menguasai 80% aras masteri sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru
aktiviti pemuluhan perlu dilaksanakan bagi murid yang belum menguasai aras masteri
aktiviti pengayaan perlu dilaksanakan untuk murid yang telahmencapai aras masteri
VI. PENDEKATAN KOLABORASI
a) LATIHAN KEMAHIRAN KERJA
Latihan Kemahiran Kerja perlu didedahkan kepada murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Matlamat utama latihan ini adalah untuk memberi kemahiran kendiri, komunikasi, sosialisasi dan kemahiran asas berkaitan pekerjaan dalam kehidupan. Latihan Kemahiran Kerja boleh dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu:
Latihan dalaman – berbentuk kerja projek.
Melaksanakan aktiviti berbentuk projek yang telah dirancang dengan baik.
Contoh:
perkebunan dan penjualan hasil tanaman
aktiviti-aktiviti perdagangan seperti membuat aiskrim, biskut, kek dan lain-lain.
memelihara ikan, burung dan lain-lain
Latihan kerja yang melibatkan luar atau kerja luar
Mendapat barangan dari luar (kilang) untuk pembungkusan (assemble) dalam waktu persekolahan. Membuat barangan yang tertentu, contohnya hasil kraftangan murid seperti batik, bunga telur dan lain-lain untuk dijual.
Latihan kerja sebenar
Mewujudkan situasi sebenar untuk sesuatu latihan kerja seperti mencuci kereta, mendobi, dan lain-lain yang dibuat di sekolah. Murid-murid dihantar bekerja di tempat sebenar dan pemantauan dibuat oleh pegawai kerja.
b) BENGKEL TERLINDUNG
Fungsi bengkel terlindung adalah untuk memberi pengalaman, latihan, penilaian dan pekerjaan kepada individu yang berkeperluan khas. Terdapat bengkel terlindung yang beroperasi sendiri (di bawah pengurusan sekolah) atau yang mempunyai perjanjian dengan agensi yang memberi perkhidmatan berkaitan dengan kerjaya. Bengkel terlindung tidak mementingkan hasil pengeluaran tetapi lebih mengutamakan pengalaman bekerja individu, menanam minat, memenuhi keperluan sosial dan memberi kemahiran inter-personal.
Di bengkel terlindung perlu ada:
penilaian kemahiran vokasional
latihan bekerja secara umum atau khusus
memberi peluang latihan kepada individu yang berkeperluan khas
peluang untuk berekreasi
perkhidmatan untuk mendapat pekerjaan pada masa hadapan
bekerja dalam jangkamasa panjang sebelum mendapat pekerjaan lain
c) PELBAGAI KAEDAH TERAPI
Terapi Pertuturan
Terapi pertuturan bertujuan untuk:
membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi
membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa
melatih murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti latihan lisan, meniup belon, meniup kertas di atas air, mengetap bibir dan sebagainya. Terapi pertuturan dijalankan oleh pakar pertuturan atau individu yang terlatih.
Terapi Fizikal ( Fisioterapi)
Terapi fizikal memberi pengaruh yang besar terhadap kehidupan murid pendidikan khas. Ia bertujuan untuk membantu murid-murid yang mempunyai masalah kawalan motor. Terapi fizikal yang dilaksanakan akan dapat meningkatkan lagi perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus dan perkembangan kercerdasan fizikal mengikut keutamaan.
Terapi Carakerja
Terapi carakerja merupakan aktiviti yang menjurus ke arah membantu individu bermasalah fizikaldan intelek bagi mengatasi ketidakupayaan semaksima yang mungkin. Aktiviti berfokus kepada kepelbagaian pergerakan dan kebolehan otot-otot untuk membantu murid mencapai kejayaan dalam bidang vokasional atau kerjaya.
Terapi Muzik
Terapi muzik bertujuan mententerakan murid supaya bersedia untuk belajar. Guru menggunakan muzik untuk merangsang minda dan menarik perhatian murid. Terapi muzik digunakan untuk mengawal emosi dan dijalankan oleh seorang terapis. Aktiviti yang dijalankan seperti pergerakan bebas mengikut irama muzik, memainkan alatan muzik mengikut rentak yang diperdengarkan serta menghayati irama. Murid melakukan gerakan menggunakan alatan untk menghasilkan bunyi. Bunyi-bunyi ini apabila digabungkan akan melahirkan satu irama muzik yang tersusun.
VII. AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH
Aktiviti ini dijalankan di luar waktu pembelajaran, bertujuan untuk:
memberi peluang untuk murid memperoleh pengalaman sebenar
rekreasi
bersosialisasi dan berkomunikasi
aktiviti yang menggembirakan
penerokaan dan interaksi dengan persekitaran
aktiviti bebas dan terancang
Antara aktiviti yang dijalankan di luar bilik darjah adalah aktiviti rekreasi yang melibatkan
lawatan
motivasi
perkhemahan
perkelahan
berkuda
berenang
aktiviti jual beli
lawatan social
6.0 INFRASTRUKTUR DAN BAHAN.
Kemudahan infrastruktur khas amat perlu untuk program pendidikan khas. Satu ruangan kelas yang khusus perlu untuk keselesaan pelajar dan kemudahan bagi guru untuk mengurus perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Ruangan kelas ini pula perlu dibahagi kepada kelas-kelas kecil dan bilik khas untuk aktiviti sampingan lain seperti bilik belajar mengendali perkakas asas, bilik komputer dan bilik pelbagai.
Pelajar khas juga banyak menggunakan bahan yang membantu pembelajaran mereka. Bahan seperti kad kerja, kad imbasan, bahan maujud, gambar-gambar, carta dan berbagai jenis lagi bahan yang digunakan. Selain itu, alat audio visual juga perlu untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan yang disediakan hendaklah praktikal, mudah alih dan senang digunakan.
7.0 RUMUSAN
Kajian dokumen ini banyak membantu guru untuk mendapat pendedahan yang terperinci berkaitan pendidikan khas yang telah dilaksanakan. Kajian ini telah mendedahkan ciri-ciri pelajar yang berkeperluan khas dan bagaimana perlu seorang guru mengendalikan pelajar terbabit.Pelajar khas perlu dilihat sebagai insan istimewa yang perlukan pendidikan yang sama dengan pelajar normal cuma dengan tahap dan cara yang berbeza. Sokongan, dorongan dan kerjasama semua pihak perlu untuk menjayakan program khas yang akan membantu pelajar menghadapi kehidupan bermasyarakat dan memberi sumbangan kepada komuniti sewajarnya.
2 469 pp
RUJUKAN
Ainscow, M (1977) : Towards inclusive schooling British Jornal of Special Education Vol.
24. No. 1 (pp. 3-6)
Culatta, R.A. & Tompkins, JR(1999)...Fundamentals of Special Education.
Elliot, J. L., & Thurlow, M. L. (2006). Improving test performance of students with
disabilities: On district and state assessments (2nd ed.). Thousand Oaks, CA: Corwin Press.
Kirk, S.A. et al, “ Educating Exceptional Children ” (7th ed.), 1993 Marozas, D., & May, D.
(1998). Issues and practices in speacial education.
Lokman Mohd Tahir & Nurul Qistin Mustafa (2009). Pendidikan Teknik dan Vokasional
untuk Pelajar Berkeperluan Khas. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, jil. 24, 73-87.
Liew Ping Yee & Manisah Mohd. Ali (2008). Amalan Program Intervensi Awal Kanak-
kanak Autistik Mengikut Perspektif Ibu Bapa. Jurnal Pendidikan 33, 19-33.
Mohd Najib Ghafar & Sanisah Jahaya (2006). Bias Pengajaran Guru dalam Pelajaran Khas
dan Pelajaran Normal. Sabah: Annual Conference on Teacher Education.
Supiah Saad. 2010. Komitmen dan Peranan Guru dalam Pelaksanaan Pendekatan Pendidikan
Inklusif di Malaysia. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sabilah Binti Wahab. 2006. Persepsi Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Tiga Buah Sekolah di Daerah Johor Baru. Sekudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Purkey, S., & Smith, M. (1983). Effective school: A review. The Elementary School Journal,
83(4), 427–452.
Zainudin Mohd. Isa. (2004). Peranan masyarakat dalam mempertingkatkan kerjaya golongan
berkeperluan khas. Seminar Kebangsaan Pendidikan Khas, 2, 402–406.
RUJUKAN WEB
Yokimirantiyo.blogspot.com/…/pengertian-pendidikan…
pomizi-pedagogi blogspot.com/p/strategi.html
zulwahab.blogspot.com/2013_11_01_archieve.html
https://srpkmuar.wordpress.com/
No comments:
Post a Comment