ISI KANDUNGAN
Perkara Muka Surat
1.0 PENDAHULUAN
2.0 TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL
3.0 DOMAIN-DOMAIN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL
3.1 Domain Rekabentuk
3.2 Domain Pengembangan
3.3 Domain Penggunaan
3.4 Domain Pengurusan
3.5 Domain Penilaian
4.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN MELALUI
TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL
4.1 Keberkesanan Teknologi Instruksional Dalam Pendidikan Formal
4.2 Keberkesanan Teknologi Instruksional Dalam Pendidikan Tidak
Formal
5.0 PENUTUP
BIBLIOGRAFI
1
2
4
4
5
5
5
5
6
7
9
11
⦁ PENDAHULUAN
Istilah teknologi pengajaran atau teknologi instruksional seringkali dikaitkan dengan pengaplikasian komputer dalam menjalankan suatu pengajaran dan pembelajaran. Ramai yang keliru dengan makna sebenar teknologi pendidikan kerana tanggapan mereka yang terhad dan tidak mencakupi skop yang luas dalam memberi makna kepada teknologi dalam bidang pendidikan dan pengajaran. Terdapat beberapa pengkaji dalam bidang ini menerangkan bahawa pendidikan sebenarnya merangkumi satu bidang yang lebih luas daripada pengajaran. Mereka beranggapan bahawa teknologi ialah sub-set kepada pendidikan. Jika dilihat secara ringkas, teknologi pengajaran adalah satu bidang yang sentiasa berusaha ke arah peningkatan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Bertitik tolak daripada matlamat tersebut maka tercetusnya bidang teknologi pengajaran. Menurut Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (1988), teknologi pendidikan ialah proses yang kompleks dalam menganalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik dan rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikaskannya secara sepadu idea, tenaga, sumber bahan, kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Jika dikaji secara ilmiah, sistem instruksional ini mempunyai sekurang-kurangnya mempunyai dua dimensi iaitu dimensi pelan (a plan) dan dimensi nyata (a reality). Dalam dimensi rancangan sistem instruksiona merujuk kepada prosedur atau langkah-langkah yang di lakukan dalam menyediakan suatu proses pengajaran dan pembelajaran. Dimensi nyata pula merujuk kepada interaksi antara kelas atau the classroom system. Menurut konsep Wong dan Raulerson (1973), kedua-dua dimensi ini secara konseptual merupakan suatu sistem kurikulum yang dengan sendirinya merupakan bahagian yang berkait rapat dengan sistem pendidikan. Sistem pengajaran adalah merupakan suatu kombinasi dari kompenen-kompenen sistem pengajaran dan pola pengurusan yang tertentu dan telah disusun dalam suatu rekaan atau pemilihan bagi menghasilkan sesi pembelajaran yang terancang dan terkawal. Reka bentuk pengajaran ialah proses yang sistematik untuk membangunkan sistem pembelajaran manakala perancangan pengajaran adalah proses penerapan sistem atau rancangan pengajaran.
1
Belajar pula merupakan suatu proses yang kompleks yang berlaku pada diri setiap orang sepanjang hidup. Proses pembelajaran tersebut berlaku kerana adanya interaksi antara seseorang dengan persekitarannya. Oleh sebab itu, belajar boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Salah satu petanda bahawa seseorang itu telah belajar adalah adanya suatu perubahan tingkah laku dari segi pertambahan ilmu pengetahuan, kemahiran atau sikap. Antara usaha yang terawal dalam memahami belajar adalah melalui kebijaksanaan tradisional yang biasanya berdasarkan pada pengalaman dan falsafah seperti idealisme Plato dan realisme Aristotle (Gredler; 2011). Dalam tahap perkembangannya kemudian teori belajar mendekatkan diri pada psikologi yang memberi tumpuan pada kesedaran dan proses mental. Seterusnya kelahiran idelogi behaviourisme dengan tokohnya John . Watson. Dia mencadangkan kajian umum yang dapat menyatukan semua ahli psikologi menjadi sangat dominan. Kemudian dalam tahap selanjutnya muncul pula beberapa aliran psikologi yang membincangkan tingkah laku manusia dalam belajar.
⦁ TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL
Bidang pendidikan secara umumnya adalah luas dan mencakupi beberapa bidang iaitu kurikulum, kaunseling, penilaian, pengurusan dan instruksi (Beau-Champ, 1968). Dalam bidang instruksi, terdapat lima elemen penting yang menjadi teras kepada bidang teknologi instruksional. Di negara kita, unit-unit yang terdapat dalam bidang pendidikan, misalnya di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) terdapat unit Kurikulum, Penilaian, Kerjaya, Dadah dan Pengurusan. Unit instruksi tidak termasuk dalam struktur organsisasi JPN. Fungsi unit ini dilaksanakan oleh Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) yang memainkan peranan penting sebagai pusat ikhtisas dan sumber untuk meningkatkan profesionalisme guru menggunakan teknologi instruksional dan dibantu oleh Pusat Kegiatan Guru (PKG) di peringkat Daerah. Pusat Sumber Sekolah (PSS) pula sebagai rangkaian sumber terakhir akan melaksanakan instruksi menggunakan kaedah dan media yang sesuai dalam bilik darjah. Instruksi memberi tumpuan bagaimana cara hendak mengajar (Snelbecker, 1974).
Kurikulum dan instruksi dirancang dan dibina di peringkat Pusat iaitu Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia. PPK bertindak dalam merancang dan membina kurikulum sekolah rendah dan menengah. BTP pula mereka bentuk, membina, melaksana, mengurus dan menilai bahan media instruksional.
2
Sebelum pergi lebih jauh lagi mengenai teknologi instruksional ini, terlebih dahulu saya berikan beberapa definisi yang diberikan oleh beberapa tokohnya. Menurut Seels & Richey (1994), teknologi instruksional bermaksud perihal yang berkaitan dengan amalan reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian terhadap proses dan sumber pembelajaran.
Bagi Finn (1960) pula, “Instructional technology should be viewed as a way of looking at instructional problems and examining feasible solutions to those problems.
Menurut definisi yang diberikan oleh Lumsddine (1964) pula, “Instructional technology could be thought of as the application of Science to instruct practises”.
“Instructional technology is the design and use of message which control the learning process. It implies systematic design of planning, production, selection, utilization and management” Davi (1963).
Berdasarkan definisi-definisi yang dikemukan oleh tokoh-tokoh pengkaji bidang yang berkaitan dengan teknologi instruksional ini, secara umumnya teknologi instruksional adalah berkaitan dengan proses dan amalan reka bentuk pengajaran yang sistemati yang bertujuan membolehkan murid-murid memahami objektif utama yang mereka pelajari. Definisi tersebut juga menyatakan bahawa teori dan amalan menjadi asas kepada setiap tindakan yang diambil. Seseorang yang terlibat dengan sesuatu pekerjaan mesti mempunyai pengetahuan yang boleh menyokong setiap amalan yang dilakukan. Teori bermaksud konsep, konstruk, prinsip dan cadangan yang menyumbang kepada pengetahuan. Amalan pula bermaksud penggunaan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah. Contohnya, terdapat teori yang menyatakan hasat dan motif untuk belajar berkait rapat dengan kualiti pembelajaran.
3
3.0 DOMAIN-DOMAIN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL
Terdapat lima domain dalam teknologi pengajaran 1994. Seperti mana yang dikatakan oleh Seels & Richey (1994), “Instructional technology is the theory and practice of designing, development, utilization, management and evaluation of processes and resources for learning”. Dalam erti kata yang sama, teknologi pengajaran adalah teori dan amalan tentang mereka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses serta sumber untuk pengajaran.
3.1 Domain Reka Bentuk
Domain reka bentuk merupakan domain teknologi instruksional yang pertama. Domain ini merupakan satu proses untuk menentukan kompenen sistem instruksional, cirri-ciri dan keperluan untuk pembelajaran. Dalam domain reka bentuk ini juga terdapat empat bidan yang utama iaitu:
⦁ Reka bentuk sistem instruksional
⦁ Reka bentuk mesej
⦁ Strategi instruksional
⦁ Cirri-ciri murid
Reka bentuk sistem instruksional merupakan satu strategi yang teratur dan sistematik bagi menganalisis, mereka bentuk, membina, melaksana dan menilai bahan instruksional, satu unit pelajaran, satu kursus atau kurikulum agar dapat membantu dan menambah baik cara murid belajar dan juga cara guru mengadakan pengajaran dan pembelajaran. Reka bentuk mesej pula melibatkan perancangan untuk menentukan cara dan format media yang peling berkesan untuk menyampaikan mesej kepada para murid. Bagi bidang yang ketiga iaitu bidang strategi instruksional, ia melibatkan proses memilih dan menyusun aktiviti pembelajaran dalam sesuatu unit pelajaran seperti urutan, kandungan, domain pembelajaran, kaedah dan media yang paling sesuai untuk mengukuhkan lagi proses pembelajaran. Bidang terakhir dalam domain reka bentuk ialah menganalisis cirri-ciri murid seperti menentukan kemahiran, pengetahuan, sikap sedia ada atau pengetahuan sedia ada yang akan memberikan kesan terhadap keseluruhan proses pembelajaran.
4
3.2 Domain Pengembangan
Domain pengembangan merupakan domain ketiga dalam teknologi instruksional. Domain pengembangan juga dikenali sebagai domain pembinaan yang melibatkan proses menterjemahkan spesifikasi reka bentuk untuk menghasil bahan instruksional. Bahan instruksional terdiri daripada:
⦁ Bahan cetak
⦁ Bahan pandang dengar
⦁ Bahan berasaskan komputer
⦁ Bahan berasaskan multimedi
3..3 Domain Penggunaan
Domain ketiga dalam teknologi instruksional ialah domain penggunaan. Domain penggunaan adalah tindakan dalam menggunakan kaedah dan model instruksional, bahan, perkakasan media dan persekitaran untuk meningkatkan suasana pembelajaran.
3..4 Domain Pengurusan
Dalam domain yang keempat ini, domain pengurusan melibatkan kawalan ke atas teknologi instruksional menerusi perancangan, penyusunan, penyelarasan dan penyeliaan pusat sumber atau teknologi pendidikan untuk membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar, tersusun dan berkesan.
3..5 Domain Penilian
Domain kelima dalam teknologi instruksional ialah domain penilaian. Penilaian merupakan satu proses untuk menentukan kesesuaian dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran atau program pendidikan seperti penilaian pencapaian murid, penilaian pengaplikasian bahan media, penilaian reka bentuk dan pembinaan bahan pengajaran dan penilaian program atau projek median pendidikan. Dalam domain ini juga terdapat empat kategori iaitu:
⦁ Penilaian analisis masalah pengajaran
⦁ Penilaian kriteria
⦁ Penilaian formatif
⦁ 5
⦁ Penilaian sumatif
4.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN MELALUI TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL
Perkembangan yang sangat pesat dalam aplikasi penggunaan alatan berasaskan komputer dan perisian pengajaran dewasa kini telah meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan komputer sehingga telah timbul suatu lagi literasi yang diistilahkan sebagai literasi komputer (Heinich et al., 1996). Melalui literasi komputer ini, ia merujuk kepada kemahiran memperoleh maklumat, berfikir dan berkomunikasi menggunakan komputer dalam abad ini jauh melebihi kemahiran 3 M (Membaca, Menulis, Mengira) suatu ketika dahulu. Anjakan dalam penggunaan teknologi pendidikan dan perisian pengajaran juga adalah sangat penting kerana bentuk pembelajaran pada masa hadapan adalah jauh berbeza dengan amalan pembelajaran masa kini. Susun atur kelas pada masa hadapan bukan lagi dalam bentuk bilik darjah semata-mata tetapi terdapat keberangkalian di mana proses pembelajaran dan pengajaran boleh berlaku 24 jam sehari di mana murid-murid sendiri yang akan menentukan masa dan tmepat mereka perlu belajar. Pengajaran guru juga tidak terhad kepada proses penyampaian makluma sahaja tetai murid perlu diajar mengenai kemahiran bagaiman untuk memperoleh maklumat.
Teknologi instruksional merupakan penggunaan aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik-teknik ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dengan kelebihannya yang berbagai-bagai, teknologi instruksional dapat memainkan fungsinya dengan penting untuk mencapai objektif ini. Beberapa peranan dan kepentingan teknologi instruksional yang utama ialah dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran seperti yang akan perincikan pada halaman yang seterusnya.
Dalam tugasan ini saya akan memfokuskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknologi instruksional dalam dua kategori iaitu, pengajaran dan pembelajaran dalam persekitaran formal dan tidak formal.
6
4.1 Keberkesanan Penggunaan Teknologi Instruksional Dalam Pendidikan Formal
Pendidikan formal bolehlah ditakrifkan sebagai proses pengajaran-pembelajaran yang dilaksanakan secara rasmi mengikut sistem yang ditetapkan oleh kerajaan. Proses ini berlaku di dalam sesuatu Institusi yang mempunyai struktur dari segi kronologi dan hirarki yang bermula dari sekolah rendah hingga ke peringkat universiti dan mempunyai kurikulum yang disahkan oleh pihak berkuasa. Ini juga termasuk kursus-kursus pra-perkhidmatan di dalam bidang profesional dan teknikal seperti latihan perguruan, kejururawatan, juruteknik pertanian dan kursus perkhidmatan tadbir dan diplomatik. Proses pendidikan formal ini berakhir dengan penganugerahan sijil, diploma dan ijazah.
Penggunaan teknologi instruksional semasa menjalankan aktiviti-aktiviti dalam persekitaran formal seperti di sekolah amat membantu dalam proses penyampaian pengajaran yang berkesan dan sistematik bagi seorang guru. Antara kelebihan menggunakan perisian pengajaran teknologi instruksional di sekolah adalah seperti berikut:
⦁ Menjadikan Pembelajaran Aktif
⦁ Meggalakkan Pendekatan Koperatif
⦁ Mengatasi Bilangan Murid Yang Ramai
⦁ Membina Kemahiran Kognitif
4.1.1 Menjadikan Pembelajaran Aktif
Terdapat banyak kelebihan yang boleh diperolehi daripada teknologi pendidikan atau teknologi instruksional ini jika dilihat daripada sudut interaktif yang mana tidak terdapat pada media pengajaran yang lain. Interaktiviti dapat menggalakkan pembelajaran secara aktif berlaku dalam kalangan murid pada sebarang peringkat umur dan komputer merupakan satu-satunya alat yang mempunyai potensi tersebut (Sewell, 1990). Semakin dinamik interaktiviti, semakin aktif proses pembelajaran akan berlaku. Melalui pembelajaran aktif, banyak kelebihan dapat dicapai seperti menarik tumpuan murid, membina ingatan jangka panjang, pembelajaran lebih pantas dan peningkatan motivasi untuk belajar.
7
4.1.2 Menggalakkan Pendekatan Koperatif
Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan murid bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya. Dalam pendekatan ini, semua ahli hendaklah bekerjasama dalam satu kumpulan bagi menyelesaikan masalah yang diberikan. Dalam pendekatan ini, guru bertanggungjawab bagi memastikan murid dapat bekerjasama dalam kumpulan dengan baik. Kemahiran bersosial dalam kalangan ahli kumpulan dititikberatkan agar dapat membantu ahli kumpulan yang lain untuk mencapai objektif serta mengekalkan hubungan positif. Dalam melaksanakan pendekatan ini, guru perlulah memberikan motivasi kepada murid seperti pengiktirafan dan penghargaan sekiranya dapat melaksanakan tugas yang telah diberikan dengan baik.
4.1.3 Mengatasi Bilangan Murid Yang Ramai
Bilangan murid yang ramai dalam sesebuah kelas merupakan salah satu cabaran kepada para guru masa kini. Dengan menggunakan kaedah pengajaran secara tradisional, masalah penyampaian pengajaran yang berkesan adalah sangat sukar dicapai. Namun dengan aplikasi perisian pengajaran dalam teknologi instruksional dapat mengatasi masalah tersebut. Guru dapat menumpukan pengajaran secara individu sekiranya jumlah murid sedikit. Namun jika mengajar dalam jumlah murid yang terlalu ramai, tumpuan secara individu adalah di luar kemampuan mereka (Heinich et al., 1996). Guru juga akan dapat bersama murid di suatu tempat yang sama pada suatu tempoh yang terhad. Hal tersebut juga menjadi penghalang kepada guru untuk menjalankan penumpuan secara individu terhadap semua murid. masalah ini dapat diatasi dengan menggunakan perisian pengajaran dalam teknologi instruksional yang menawarkan kebolehan penyampaian meklumat kepada setiap murid secara individu serta menjamin pencapaian yang baik.
4.1.4 Membina Kemahiran Kognitif Murid
8
Murid perlu mengulangi pelajaran beberapa kali untuk memahami sesuatu konsep pembelajaran (Gagne, 1985). Proses pengulangan yang dilakukan melalui perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan lebih membantu murid mengingati sesuatu maklumat berbanding proses pengulangan melalui bahan bercetak. Sesuatu maklumat yang disampaikan dalam bentuk verbal seperti lisan dan teks berserta dengan bentuk visual seperti gambar, animasi dan video akan meningkatkan lagi kadar ingatan dan mencapai semula maklumat dari memori (Mayer, 2001).
4.2 Keberkesanan Penggunaan Teknologi Instruksional Dalam Pendidikan Tidak
Formal
Pendidikan tidak formal ialah proses pendidikan pembelajaran sampingan yang berlangsung secara spontan dan tanpa struktur. Seseorang itu akan memperoleh dan menambahkan pengetahuan, kemahiran dan membentuk sikap serta pandangan berdasarkan pengetahuannya tiap-tiap hari sama ada di rumah, tempat bekerja, di sekolah atau di tempat rekreasi. Umpamanya, jika seseorang mendapat pengalaman dan merubah perlakuan melalui membaca dan menonton televisyen, maka ia boleh dikatakan mendapat pendidikan tidak formal daripada media massa. Pendidikan tidak formal biasanya banyak disalurkan melalui media massa dan juga melalui interaksi dengan masyarakat.
Teknologi instruksional telah banyak membantu menambah ilmu pengetahuan kepada murid-murid masa kini. Dengan kepesatan pembangunan teknologi maklumat sedikit sebanyak telah mengurangkan kebergantungan murid-murid untuk menimba ilmu di sekolah sahaja. Antara kelebihan teknologi instruksional dalam pembelajaran tidak formal ialah:
⦁ Menggalakkan Pembelajaran Yang Menghiburkan
⦁ Menggalakkan Pembelajaran Kendiri
⦁ Menjimatkan Masa Pembelajaran
⦁ Mempelbagaikan Kaedah Belajar
4.2.1 Menggalakkan Pembelajaran Yang Menghiburkan
Melalui pembelajaran yang berasaskan teknologi instruksional, terdapat elemen-elemen multimedia yang mampu menjadikan pembelajaran murid lebih menarik dan menghiburkan seperti elemen animasi. elemen animasi telah menjadikan pembelajaran berasaskan perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan tersebut sesuatu yang amat menghiburkan serta menjanji pelbagai kemudahan yang tidak pernah terfikir oleh manusia sebelum ini serta tidak membosankan (Jamalludin, Baharudin & Zaidatun, 2001). Penerapan nilai hiburan yang tidak berlebihan dalam pendidikan sebenarnya akan memberi kesan yang baik terhadap proses pengajaran dan pembelajaran asalkan ia tidak mengganggu proses pembelajaran.
9
4.2.2 Menggalakkan Pembelajaran Kendiri
Penyediaan platform pembelajaran kendiri serta jadual untuk belajar yang bersesuaian dengan murid adalah dua kelebihan perisian pengajaran dalam teknologi instruksional yang telah terbukti melalui kajian. Dengan aplikasi teknologi instruksional, murid-murid bebas untuk memilih medium pembelajaran, masa dan tempat pembelajaran yang mereka fikirkan sesuai.
4.2.3 Menjimatkan Masa Pembelajaran
Dengan menggunakan perisian pembelajaran teknologi instruksional yang telah dibangunkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, masa pembelajaran murid dapat dijimatkan. Kajian telah menunjukkan bahawa pengapikasian perisian pengajaran dalam teknologi instruksional mampu mengurangkan tempoh pembelajaran murid jika dibandingkan dengan kaedah tradisi (Khairul Hashim, 2003). Murid-murid tidak perlu lagi memperuntukkan tempoh masa yang terlalu lama di rumah untuk membelek buku semata-mata tetapi dengan carian yang mudah dan tepat melalui teknologi instruksional boleh menjimatkan masa pembelajaran mereka.
4.2.4 Mempelbagaikan Kaedah Belajar
Pembelajaran murid dengan kaedah yang pelbagai mampu meningkatkan pencapaian mereka dalam akademik. Perisian pengajaran dalam teknologi instruksional membolehkan proses pencarian isi pelajaran oleh murid boleh dilakukan dalam bentuk yang amat mudah difahami dan lebih menarik berbanding dengan hanya menggunakan buku atau media lain serta mampu memenuhi strategi belajar pelbagai variasi (Ellis, 2004). Setiap individu mempunyai corak pembelajaran yang berbeza. Kaedah pembelajaran tradisi tidak dapat memenuhi corak pembelajaran yang berbeza tersebut. Walaubagaimanapun, perisian pengajaran dalam teknologi instruksional kini mampu memberikan segala kemudahan pembelajaran yang pelbagai, berkesan dan menarik kepada murid-murid walau dimana-mana sahaja pada bila-bila masa.
10
5.0 KESIMPULAN
Teknologi instruksional boleh dilihat sebagai sebahagian daripada teknologi yang lebih besar, iaitu teknologi pendidikan. Untuk menggambarkan teknologi instruksional, ia merupakan satu kombinasi daripada pembelajaran, belajar, perkembangan dan teknologi pengurusan. Pada hakikatnya, teknologi instruksional boleh digabungkan dengan teknologi yang lain untuk membentuk sebuah teknologi yang lebih besar dan tinggi. Domain teknologi pengajaran pada tahun 1994 adalah satu kesinambungan daripada domain tahun 1977. Terdapat lima domain utama dalam teknologi instruksional berbanding dengan hanya tiga sebelum ini. Namun ini tidak bermaksud wujudnya perbezaan yang banyak antara domain terdahulu dengan masa kini kerana domain pembangunan, penggunaan dan penilaian sedia terangkum dalam fungsi pengembangan pembelajaran dan pembelajaran. Setiap domain mempunyai teori dan amalannya yang tersendiri dan berfungsi secara sendirian atau berinteraksi dengan domain yang lain.
Jika dilihat melalui peranan teknologi instruksional dalam pendidikan, terdapat tiga perkara utama yang nyata telah membantu bidang pendidikan dalam memperkasakan sistem pendidikan negara kita masa kini. Tiga perkara tersebut ialah teknologi instruksional mengubah peringkat membuat keputusan, teknologi instruksional mengubah sistem atau pendekatan pengajaran dan teknologi instrkusional mengubah pengalaman pembelajaran.
Guru dan murid telah mendapat banyak manfaat melalui penggunaan perisian teknologi instruksional ini. Melalui aktiviti pembelajaran persekitaran formal dan tidak formal, guru dan murid telah memperoleh manfaat yang sangat bermakna seperti menjadikan pembelajaran aktif, menggalakkan pembelajaran yang menghiburkan, membina kemahiran kognitif murid, menggalakkan pembelajaran kendiri, menjimatkan masa pembelajaran, mempelbagaikan kaedah belajar, mengatasi bilangan murid yang ramai dan banyak lagi jika dikaji dan dibincangkan dengan lebih lanjut lagi.
(2,738 patah perkataan)
11
BIBLIOGRAFI
AECT (1977). The definition of educational technology. Washington DC:AECT
Fleming, M. & Levie, H. (1993). Instructional message design (2nd ed.) New Jersy:
Educational Technology Publications.
Gagne’ R., Briggs, L. & Wager, W. (1992). Principles of instructional design,
(5th ed.). New York: Holt, Rinehart and Winston.
Heinich, Molenda, Russell & Smaldino. (1999). Instructional media and technologies for learning. (6th ed). Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hill.
Martin, B. (1997). Media and IT (Instructional Technology) as part of education
(part 2). Educational Media International, 34 (2), pg 103-106.
Mohamed Hisyam bin Mohd Hashim. (2006). Interaksi dalam talian menggunakan
LMS: Satu kajian kes. Tesis Ph. D, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Reigeluth Charles M. (1983). Instructional Design – Theories and Models: An
Overview of their Current Status. New Jersy: Lawrence Erlbaum Associates
Inc.
Roblyer, M.D., Edwards, J. & Havriluk, M.A. (1997). Integrating educational
Technology into teaching. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hill.
Seels, B. & Richey, R. (1994). Instructional technology: The definition and domains
Of the field. Washington DC; AECT.
Yusuf Hashim. (1998). Teknologi pengajaran. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti.
Wan Zah Wan Ali (2000). Memahami pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications
No comments:
Post a Comment